Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Arab Saudi Tarik Balik Sekatan Perjalanan Udara 11 Negara

Gambar: Bernama

RIYADH, 30 Mei (Bernama) — Arab Saudi menarik balik sekatan perjalanan udara dari 11 negara berkuat kuasa Ahad.

Negara terbabit adalah Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Jerman, Ireland, Itali, Portugal, United Kingdom, Sweden, Switzerland, Perancis dan Jepun.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik pekeliling terbaru Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA), langkah itu diambil susulan penilaian pihak berkuasa kesihatan mengenai keadaan epidemiologi yang stabil dan keberkesanan mengawal wabak di beberapa negara tersenarai.

GACA berkata mereka yang tiba dari negara terbabit masih perlu mematuhi prosedur kuarantin.

Sumber: BERNAMA