Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berbaki 2 “Games”, Arsenal Dilapor Sudah Atur Jadual Perarakan Trofi EPL
Pendahulu carta Liga Perdana Inggeris, Arsenal dilapor sudah pun menyusun jadual bagi mengadakan majlis perarakan menjulang trofil liga itu tidak lama lagi.
Menerusi pendedahan yang dibuat oleh The Standard, sekiranya The Gunners benar-benar menjadi juara, perarakan berkenaan dijadual akan diadakan pada 20 Mei.
Tarikh berkenaan merupakan tarikh sehari selepas perlawanan terakhir liga.
Manakala, perarakan tersebut juga dirancang untuk melalui laluan yang sama ketika Arsene Wenger bersama pasukannya meraikan gelaran Invincibles pada 2003/4.
Tak sabar jadi juara, Arsenal sudah susun jadual perarakan trofi EPL
Perarakan berkenaan akan bermula daripada Stadium Emirates pada pukul 5 petang (BST) dan melalui jalan di Rayton Park dan Aubert Park. Kemudian bas akan melalui Highbury Grove, St Paul’s Road, Upper Street dan akan kembali ke stadium pada pukul 7 malam.
Selepas itu, satu majlis penampilan singkat melibatkan para pemain akan berlangsung di atas podium berdekatan Stor Armoury di Hornsey Road. Majlis kemudian dijadualkan akan tamat pada pukul 8 malam.
Menurut The Standard, disebabkan faktor logistik yang terlalu besar, bermakna kelab itu tidak akan mampu menguruskan sesebuah perarakan tanpa melakukan perancangan awal.
Bagaimanapun, Arsenal perlu memastikan mereka memenangi dua baki perlawanan terakhir jika berhajat untuk menjadi juara.
Hasrat berkenaan mungkin berkubur begitu sahaja sekiranya pencabar terdekat, Manchester City juga turut memenangi baki perlawanan mereka.
Arsenal akan menamatkan saingan liga musim ini dengan 89 mata sekiranya mereka berjaya meraih enam mata daripada perlawanan yang berbaki.
Manakala City yang masih ada baki tiga perlawanan akan mengakhiri liga dengan 90 mata. Itu pun seandainya anak buah Pep tidak melakukan sebarang kesilapan sehingga keciciran mata penting.
Sekiranya berjaya meraih sembilan mata penuh, City bakal mencipta sejarah menjadi pasukan pertama yang menjulang trofi EPL empat kali berturut-turut.
City akan turun menentang Fulham untuk perlawanan ke-36 mereka pada Sabtu, manakala anak buah Arteta akan bertandang ke Old Trafford berdepan Manchester United, Ahad ini.
BACA: Bumi Dilanda Ribut Solar Terkuat Sejak 2003 – NOAA
Sumber: The Standard, GOAL, Metro UK