Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
as arab saudi
Kredit: FAYEZ NURELDINE/AFP

AS, Arab Saudi Meterai Perjanjian Pertahanan Bernilai US$142 Bilion

Sofea

AS, Arab Saudi Meterai Perjanjian Pertahanan Bernilai US$142 Bilion

RIYADH, 13 Mei (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi menandatangani perjanjian pertahanan bernilai hampir US$142 bilion pada Selasa, yang disifatkan Rumah Putih sebagai “perjanjian jualan pertahanan terbesar dalam sejarah”.

Menurut kenyataan di laman sesawang rasmi Rumah Putih, perjanjian itu menyasarkan untuk membekalkan Arab Saudi dengan kelengkapan dan perkhidmatan peperangan canggih daripada lebih sedozen firma pertahanan AS.

Ia meliputi lima bidang utama iaitu pemodenan tentera udara dan keupayaan angkasa lepas, pertahanan udara dan peluru berpandu, keselamatan maritim dan pesisir pantai, keselamatan sempadan dan pemodenan pasukan darat, serta penaiktarafan sistem maklumat dan komunikasi.

“Pakej ini turut merangkumi latihan dan sokongan meluas bagi memperkukuh keupayaan angkatan bersenjata Arab Saudi, termasuk pemantapan akademi ketenteraan dan perkhidmatan perubatan tentera,” menurut kenyataan itu.

Rumah Putih menyatakan perjanjian ini mencerminkan pelaburan besar dalam pertahanan dan keselamatan serantau Arab Saudi yang berpaksikan sistem serta latihan Amerika.

BACA: Arab Saudi Rancang Pelaburan US$600 Bilion Untuk Tingkatkan Hubungan Dengan AS

Selain sektor pertahanan, Rumah Putih turut mengumumkan perancangan kerjasama dipertingkat dengan Arab Saudi dalam sektor kritikal seperti kesihatan, tenaga dan sains.

Ia termasuk usaha bersama dalam pembangunan infrastruktur tenaga, penerokaan sumber galian dan mineral, misi angkasa lepas bersama, serta Perjanjian Pengangkutan Udara moden bagi membolehkan perkhidmatan kargo terus antara kedua-dua negara.

Trump tiba di Riyadh awal pagi Selasa untuk memulakan lawatan empat hari ke Timur Tengah yang turut merangkumi Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Presiden AS itu dijadual menghadiri sidang kemuncak bersama pemimpin negara Teluk pada 14 Mei sebelum meneruskan lawatan ke Doha, Qatar pada hari yang sama dan ke Abu Dhabi, UAE pada 15 Mei.

Lawatan ini dilihat sebagai kesinambungan strategi penglibatan meluas diplomatik dan ekonomi beliau di rantau Teluk, seiring dengan lawatan sulung beliau ke luar negara pada 2017 yang turut bermula di Arab Saudi.

Arab Saudi merupakan antara rakan dagang terbesar AS di Timur Tengah, dengan pelaburan langsung negara itu di AS berjumlah US$9.5 bilion pada 2023, tertumpu dalam sektor pengangkutan, hartanah dan automotif.

Pada 2024, jumlah dagangan barangan antara AS dan Arab Saudi mencecah US$25.9 bilion, menurut Rumah Putih.

Sumber: BERNAMA