Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AS Terkeluar Dari Senarai Top 10 Pasport Paling Berkuasa Di Dunia

Hannah
pasport paling berkuasa
Gambar: Henley & Partners

AS Terkeluar Dari Senarai Top 10 Pasport Paling Berkuasa Di Dunia

Setiap tahun, dunia akan menantikan laporan terkini mengenai pasport paling berkuasa di dunia. Namun, tahun ini mencatat sejarah baharu yang agak mengejutkan terutamanya buat Amerika Syarikat (AS).

Mana tidaknya, buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, AS tidak lagi tersenarai dalam 10 pasport paling berkuasa di dunia.

Macam mana ranking ni wujud?

Indeks Pasport Henley ditentukan berdasarkan berapa banyak destinasi yang boleh dikunjungi oleh pemegang pasport tanpa perlu memohon visa terlebih dahulu.

Selain itu, penilaian ini juga mengambil kira negara yang membenarkan pelawat mendapatkan visa semasa ketibaan, permit pelawat atau kebenaran perjalanan elektronik (ETA).

Firma perunding imigresen dari Britain, Henley & Partners, menilai pasport daripada 227 destinasi. Ini termasuk wilayah yang tidak diiktiraf sepenuhnya sebagai negara, seperti Taiwan.

Namun begitu, hanya 199 pasport disenaraikan dalam kedudukan rasmi ini. Segala data penilaian diperoleh secara eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Singapura kekal no. 1

Menurut Henley Passport Index 2025, Singapura terus mempertahankan kedudukan teratas dalam senarai tersebut.

Rakyat Singapura boleh melancong ke 193 destinasi di seluruh dunia tanpa visa, sama ada melalui akses bebas visa (visa-free) atau visa semasa ketibaan (visa on arrival).

Dalam pada itu, tempat kedua pula diduduki oleh Korea Selatan, manakala Jepun berada di tempat ketiga.

Rakyat tiga negara ini boleh melancong ke hampir semua benua dengan mudah, tanpa perlu risau tentang borang visa yang panjang dan memeningkan.

AS ‘tergelincir’ ke no. 12, kini sebaris dengan Malaysia

Inilah yang paling mencuri tumpuan. Selepas dua dekad berada di kelompok elit, AS kini jatuh ke tangga ke-12, berkongsi kedudukan dengan Malaysia. Kedua-dua negara ini kini mempunyai akses ke 180 destinasi tanpa visa.

Sebagai perbandingan, AS pernah menduduki tempat pertama pada 2014, manakala Malaysia ketika itu masih dalam kelompok pertengahan.

Kenapa AS jatuh?

Menurut laporan rasmi Henley & Partners, kejatuhan ranking pasport AS berpunca daripada beberapa perubahan dasar visa antarabangsa. Antaranya:

  • Brazil menarik balik akses bebas visa untuk pemegang pasport AS pada April lalu kerana isu timbal balik (reciprocity).

  • China dan Vietnam tidak menambah AS dalam senarai negara bebas visa mereka.

  • Myanmar dan Papua New Guinea pula membuat pelarasan dasar yang menjejaskan kedudukan AS, namun menguntungkan negara lain.

Pengasas Henley Passport Index, Christian Kaelin, menyifatkan penurunan ini sebagai isyarat perubahan besar dalam dinamik kuasa lembut global.

“Negara yang mengamalkan keterbukaan dan kerjasama sedang maju ke hadapan, sementara yang masih bergantung kepada pengaruh lama, semakin ketinggalan,” katanya.

BACA: Senarai 10 Negara Paling Bahagia Di Asia 2025

Sumber: Henley & Partners, Australian Broadcasting Corporation