Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ASICS Terus Sokong CULTRA 2026, Ribuan Pelari Kembali Takluk Cabaran Trail Cameron Highlands

Ribuan pelari dari Malaysia dan seluruh dunia berkumpul di Cameron Highlands untuk menguji ketahanan fizikal dan mental menerusi Cameron Ultra-Trail 2026 (CULTRA) Presented by ASICS yang berlangsung dari 17 hingga 19 Julai 2026.

Kejohanan larian denai itu sekali lagi menjadikan laluan mencabar di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands sebagai medan ujian buat para peserta yang berdepan trek berbukit, pendakian curam, laluan teknikal serta perubahan cuaca sepanjang perlumbaan.

Lebih daripada sekadar mengejar masa terpantas, CULTRA 2026 menjadi platform yang menyatukan pelari profesional, peminat larian denai dan peserta baharu yang ingin mencabar kemampuan diri.

ASICS Malaysia turut kembali sebagai Penaja Utama (Presenting Sponsor) untuk tahun kedua berturut-turut sebagai sebahagian daripada usaha menyokong perkembangan komuniti larian denai di Malaysia.

Menurut Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib, larian denai bukan hanya tentang menamatkan perlumbaan, tetapi turut mengajar nilai ketabahan, keyakinan diri dan hubungan lebih dekat dengan alam semula jadi.

“Trail running mengajar kita tentang ketekunan, rendah diri dan keyakinan, sambil memberi peluang untuk seseorang berhubung semula dengan alam dan diri sendiri,” katanya.

Dalam kategori utama 100KM Open, atlet ASICS mencatatkan keputusan membanggakan apabila Mohamad Amierul Amin berjaya meraih tempat kedua kategori Lelaki dengan catatan masa 14:51:58, manakala Halimatun Saadiah (Emaasajew) turut menduduki tempat kedua kategori Wanita dengan masa 20:07:54.

Bagi kategori 60KM Open LelakiOswald Maikol muncul juara selepas mencatat masa 6:23:08, sementara Khairulamirin Kamarudin menamatkan saingan di tempat ketiga kategori 30KM Open Lelaki dengan masa 3:36:09.

Selain kejayaan para atlet, ASICS turut mengambil peluang memperkenalkan dua kasut larian denai terbaharunya iaitu METAFUJI™ TRAIL 2 dan BLAZEBLAST™, yang akan mula tersedia di Malaysia pada 1 Ogos 2026.

METAFUJI™ TRAIL 2 merupakan kasut prestasi tinggi untuk pelari kompetitif yang mahukan kelajuan, daya tolakan dan keyakinan ketika melalui laluan mencabar. Ia akan dijual pada harga RM999.

Sementara itu, BLAZEBLAST™ direka untuk menjadikan aktiviti larian denai lebih mudah diakses oleh lebih ramai pelari menerusi ciri kusyen responsif, reka bentuk ringan dan sesuai digunakan untuk laluan jalan raya hingga trek denai. Model ini akan dijual pada harga RM599.

Memasuki edisi ke-10, CULTRA terus memainkan peranan penting dalam membangunkan komuniti larian denai di Malaysia dengan menghimpunkan atlet, sukarelawan dan peminat aktiviti luar dalam satu acara yang meraikan semangat ketahanan serta pengembaraan.