Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Assalamualaikum, Nice To See You" - Mark Wahlberg Raih Pujian, Sempat Tegur Peminat Malaysia Sebelum Berlepas

wahlberg
Kredit: Threads/ @itsaafiq

"Assalamualaikum, Nice To See You" - Mark Wahlberg Raih Pujian, Sempat Tegur Peminat Malaysia Sebelum Berlepas

Pelakon terkenal Hollywood, Mark Wahlberg sekali lagi mencuri perhatian rakyat Malaysia, namun kali ini bukan kerana penggambaran filem di Pulau Pinang, sebaliknya sikap mesra beliau ketika bertemu peminat di sebuah lapangan terbang.

Menerusi satu video yang dikongsikan pengguna Threads, @itsaafiq, malam tadi, Afiq berkata dia tidak menyangka terserempak dengan bintang Hollywood itu secara tidak sengaja ketika berada di lapangan terbang.

Lebih mencuri perhatian, Wahlberg dilihat sempat menyapa peminat dengan ucapan, "Assalamualaikum, nice to see you, nak gerak balik dah," sebelum meneruskan perjalanan.

Rakaman ringkas itu pantas tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang terhibur serta kagum dengan sikap mesra pelakon berusia 55 tahun itu.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, @errina_007, tertanya-tanya mengenai penerbangan yang dinaiki aktor berkenaan.

"Dia naik flight apa ni? Ke tu private jet dia?" tulisnya.

Sementara itu, @armyrang.7 pula berseloroh apabila berkata, "Ternyata orang Malaysia lagi tinggi dari dia," merujuk kepada perbezaan ketinggian Wahlberg dengan individu dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @silencedbystills, berkata kejayaan Wahlberg bukan datang secara kebetulan kerana beliau terkenal dengan gaya hidup yang sangat berdisiplin.

Menurutnya, aktor itu mengamalkan rutin harian yang ketat termasuk tidur seawal pukul 7.30 malam dan bangun sekitar pukul 3 pagi setiap hari.

"Dia ni disiplin tinggi wo, daily routine tidur malam pukul 7.30pm, bangun pagi 3am, kalau baca tu pehh memang orang lain payah nak buat," ujarnya.

Sebelum ini, Siakap Keli melaporkan kehadiran Mark Wahlberg di Pulau Pinang bagi menjalani penggambaran sebuah filem antarabangsa yang turut mengundang keterujaan orang ramai.

Sepanjang berada di negeri itu, pelbagai video memaparkan kelibat beliau tular di media sosial, termasuk menaiki Perodua Kelisa, menikmati muruku dan beramah mesra dengan orang ramai, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen.

Sumber:@itsaafiq