Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Asyraf Wajdi Harap Momentum Sokongan Di Johor Berulang Pada PRN Negeri Sembilan

WAJDI
Kredit: Bernama

Asyraf Wajdi Harap Momentum Sokongan Di Johor Berulang Pada PRN Negeri Sembilan

Menjelang proses pengundian awal membabitkan anggota keselamatan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, satu perkongsian daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mencuri perhatian warga maya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menyentuh mengenai corak sokongan anggota tentera terhadap Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini.

Menurut Asyraf, hampir 90 peratus anggota tentera yang mengundi di Johor telah memberikan sokongan kepada BN.

Beliau berkata, keyakinan yang sama diharapkan dapat diterjemahkan oleh pengundi awal dalam kalangan anggota keselamatan pada PRN Negeri Sembilan.

“Selamat mengundi buat semua anggota keselamatan tentera dan polis.

“Di Johor hampir 90 peratus tentera mengundi BN. Moga Allah berikan keyakinan untuk memangkah dacing (BN) dan PN di PRN Negeri Sembilan hari ini,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Asyraf menjelaskan bahawa saluran pengundian bagi anggota tentera hanya melibatkan satu saluran sahaja.

Bagaimanapun, ujarnya, keputusan undi setiap individu tidak dapat diketahui kerana proses pengundian dijalankan secara sulit.

Intipati
  • Asyraf Wajdi berkongsi harapan menjelang pengundian awal PRN Negeri Sembilan.
  • Menurut Asyraf, hampir 90 peratus anggota tentera di Johor mengundi BN.
  • Beliau berkata undi individu tidak dapat diketahui kerana proses pengundian sulit.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan