Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 7 malam ini.
Data terkini yang dimuat naik menerusi infografik di laman Twitter MetMalaysia adalah pada 4.30 petang tadi.
Bagi zon Utara, kawasan yang terlibat adalah di Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang serta Batang Padang dan Muallim di Perak.
Manakala di zon Timur dan sebahagian zon Tengah, kawasan hanyalah di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.
Bagi zon Lembah Klang, kawasan dijangka hujan lebat dan ribut petir ialah di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor dan seluruh Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur.
Bagi zon Selatan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol di Negeri Sembilan serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Selain itu, kawasan terlibat di Sabah pula termasuklah di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort di Pedalaman; Lahad Datu di Tawau serta Kinabatangan di Sandakan.
Sarawak pula mencatatkan kawasan terlibat seperti di Lundu, Kuching; Bukit Mabung, Kapit; Miri dan Marudi, Miri serta Limbang, manakala WP Labuan pula dijangka terlibat di seluruh wilayah.
Sumber: MetMalaysia