Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga jam 5 petang ini:
Kedah: (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
Pulau Pinang
Perak: (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama)
Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai)
Terengganu: (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu)
Sarawak: Kuching (Bau dan Lundu), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Kapit (Song) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat)
Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkaan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.