Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Awas, Amaran Ribut Petir Dijangka Membadai 10 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Gambar: Google

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di sepuluh negeri di Malaysia sehingga jam 4 petang ini.

Menurut kemaskini MetMalaysia, negeri-negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

Seluruh Perlis

Seluruh Kedah

Seluruh Pulau Pinang

Perak: Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim

Kelantan: Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai

Terengganu: Besut

Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong

Selangor: Hulu Selangor

Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Limbang

Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat

Sumber: MetMalaysia