Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 7 buah negeri sehingga jam 5 petang dan negeri Sarawak sehingga jam 4 petang 18 november 2020. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 2:10 petang hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka.
Berikut merupakan negeri serta kawasan yang dijangka terlibat sehingga 5:00 petang 18 November 2020.
Perlis Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim) Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta) Selangor (Hulu Langat dan Sepang) WP Putrajaya Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Bagi negeri Sarawak pula, amaran ribut petir dikeluarkan bagi kawasan-kawasan berikut sehingga jam 4 petang.
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro)
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia