Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 7 Buah Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

Gambar: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri termasuklah Sabah dan Sarawak.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6:05 petang tadi, beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam9 malam, manakala lima negeri lagi dijangka sehingga jam 7 malam.

AMARAN RIBUT PETIR

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) • Terengganu (Besut) sehingga 9:00 malam; Selasa, 7 September 2021.

II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kuala Kangsar dan Perak Tengah) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin) • Johor (Mersing) • Sarawak: Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Mukah) • Sabah: Pedalaman (Beaufort) sehingga 7:00 malam; Selasa, 7 September 2021.

III) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang) • Pahang (Pekan) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) sehingga 7:00 malam; Selasa, 7 September 2021.

Sumber: MetMalaysia