Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Membadai 12 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Kredit: Google

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri di Malaysia.

Menurut jabatan berkenaan, negeri dan wilayah yang dijangka menerima hujan lebat sehingga 6 petang ini adalah seperti berikut:

Perlis

Kedah (Langkawi, Kubang Pasu dan Padang Terap)

Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)

Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin)

Selangor

WP Kuala Lumpur

WP Putrajaya

Negeri Sembilan

Melaka

Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing)

Sementara itu, hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dijangka berlaku sehingga 5 petang ini di beberapa daerah di Sabah dan Sarawak seperti di bawah:

Sarawak: Kuching (Kuching), Serian dan Limbang (Lawas)

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau)

Sumber: MetMalaysia