Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Awas, Hampir Seluruh Negeri Bakal Dibadai Ribut Petir Dan Hujan Lebat Sehingga Malam Ini

Gambar: Hiasan via Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa buah negeri yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kemas kini di lama web Twitter rasmi MetMalaysia, antara kawasan yang dijangka akan terjejas sehingga jam 7 malam ini ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, dan Muallim).

Di Selangor, (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru).

Di kawasan Pantai Timur pula antara negeri yang terlibat ialah Kelantan (Jeli dan Gua Musang), dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, dan Bera).

Manakala di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang, dan di Sabah, Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan tidak berada di kawasan yang terbuka.

Sumber: MetMalaysia