Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Awas, Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri Hingga Malam Ini

Athirah
3 Negeri
Kredit: Bernama

Awas, Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri sehingga 9 malam ini.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak.

Beralih ke Pahang, ia melibatkan kawasan Bera sahaja.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Sarawak seperti Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong) dan Sibu

METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber:Facebook