Seekor ayam telah berjaya ditangkap selepas menyebabkan pengawal bersenjata di zon keselamatan tertinggi Pentagon cemas kerana menceroboh kawasan tersebut pada Isnin (31 Januari) lalu.
Menurut Animal Welfare League of Arlington, ayam yang berani itu telah ditangkap kerana ‘menyelinap’ masuk ke dalam kawasan keselamatan di ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Tiada penjelasan tentang bagaimana ayam itu boleh sampai ke kawasan tersebut, namun selepas ianya berjaya dikesan, ianya telah diserahkan kepada pegawai kawalan haiwan tempatan.
Seorang pegawai daripada Animal Welfare League of Arlington telah dipanggil untuk mengambil ayam itu dan membawanya ke tempat perlindungan di mana ia akan tinggal sehingga mendapat rumah baru.
Buat masa ini, organisasi itu membuka kepada orang ramai melalui media sosial untuk berkongsi cadangan nama yang sesuai bagi ayam tersebut.