Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Azeem Juara Asia B-23

Azeem Juara Asia B-23
Kredit: Bernama

Azeem Juara Asia B-23

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun Asia 2026 di Ordos, China, hari ini.

Atlet berusia 22 tahun itu mempamerkan larian bertenaga pada aksi final untuk muncul juara dengan catatan masa 10.17 saat (s), sekali gus menewaskan wakil Iraq, Falah Hasan Al-Khazaali yang meraih pingat perak menerusi catatan 10.21s.

Pingat gangsa pula menjadi milik pelari Qatar, Salah Nur I A Yunis selepas mencatatkan masa 10.23s.

Terdahulu, Azeem mengesahkan slot ke final selepas muncul antara pelari terpantas dalam saingan separuh akhir dengan catatan 10.15s.

Kejayaan itu menjadi suntikan semangat buat Azeem yang kini memberi tumpuan kepada cabaran lebih besar pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, September depan, yang menjadi sasaran utamanya musim ini.