Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Gambar: Bernama

Azhar Nafi Tolak Usul Mengosongkan Jawatan Speaker Dewan Rakyat

Aqmal Ezany

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Datuk Azhar Azizan Harun nafi dakwaan bahawa beliau menolak usul supaya meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat daripada dibahas di Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan hari ini, beliau mengakui pejabatnya telah menerima usul berkenaan daripada beberapa pengusul, namun telah mengutus surat kepada semua pengusul bahawa beliau tidak akan membuat sebarang keputusan mengenainya kerana terdapat pencanggahan kepentingan.

Beliau berkata keputusan mengenai usul berkenaan yang mencadangkan beliau mengosongkan jawatan dan individu lain dilantik menggantikannya diserahkan kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa cara sekalipun atau campur tangan dalam apa-apa keputusan mengenai usul tersebut. Malah saya tidak tahu menahu mengenai apa-apa keputusan yang mungkin telah dibuat Timbalan Yang di-Pertua mengenai usul-usul tersebut,” katanya.

Azhar berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar tempatan semalam bahawa usul menukar speaker berkenaan ditolak.

Beliau berkata laporan berkenaan yang mendakwanya mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas dan mempunyai unsur ‘innuendo’ (sindiran) bahawa ia ditolak oleh beliau adalah tidak benar, bersifat fitnah dan dibuat dengan niat menjatuhkannya.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rashid ketika dihubungi Bernama berkata usul berkenaan sekiranya diluluskan akan dipaparkan dalam Aturan Mesyuarat pada hari persidangan Dewan Rakyat kelak.

Beliau berkata pihaknya akan mempertimbangkan sama ada usul yang dimohon dipertimbangkan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Setiap pengusul juga akan mendapat maklum balas terlebih dahulu mengenai kelulusan usul mereka,” katanya.

Sumber: BERNAMA