Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh

Baca Dan Teliti Tingkah Laku Seseorang Dengan Hanya Melalui Cara Mereka Makan

Amy Noreffaziera

Mengetahui keperibadian seseorang tentu sangat menyeronokkan, jadi tidak hairanlah jika banyak sekali cara yang dapat kita lakukan untuk mengetahuinya. Misalnya salah satu cara yang cukup popular adalah dengan membaca tingkah laku seseorang dari cara makan.

Setiap orang secara faktanya memiliki cara makan yang berbeza-beza dan ternyata itu juga mempengaruhi keperibadian seseorang(1).

You are what you eat. Peribahasa ini ada benarnya kerana keperibadian seseorang mempengaruhi cara mereka terhadap makanan tertentu. Begitu pula sebaliknya, jenis makanan yang paling kerap dimakan oleh seseorang lambat laun akan turut mempengaruhi keperibadiannya(2).

Makan Secara Perlahan

GIPHY

Orang yang makan perlahan-lahan adalah orang yang tidak suka terburu-buru dan sangat menikmati makanannya. Selain itu , ia bermaksud bahawa seseorang yang lebih cenderung menikmati setiap peristiwa yang terjadi dalam hidupnya(1).

Menurut hasil kajian Boghossian, seseorang jenis seperti ini adalah peribadi yang sangat teratur menjalankan rutin harian dan bukan jenis orang yang melakukan aktiviti secara spontan. Mereka cenderung untuk mendahulukan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memperhatikan kepentingan orang lain(2).

Disisi positifnya, orang-orang yang makan perlahan seperti ini biasanya sangat teliti dalam mengerjakan segala hal. Mereka juga akan merancang terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan(2).

Makan Terburu-Buru/ Gelojoh

Makan cepat ialah orang yang lincah dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, orang ini selalu menyiapkan pekerjaan sebelum atau mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Namun, cara tersebut memperlihatkan bahawa mereka tidak begitu menikmati waktu dan terlalu tegas terhadap diri sendiri.

Gambar :lasvegasweekly.com

Orang yang biasa makan dengan cepat biasanya kurang mahir dalam menentukan skala keutamaan. Ada juga ketikanya apabila mereka akan terperangkap dimana mereka perlu melakukan beberapa tugas sekaligus.

Akan tetapi, seseorang dengan cara makan ini mempunyai kepentingan yang utama untuk orang-orang disekeliling berbanding diri sendiri yang dianggap penting dalam kehidupan mereka. Mereka sangat produktif dan bergerak pantas dalam menyelesaikan pekerjaan.

Mencampur Semua Makanan

Gambar :Live Japan

Jika seseorang yang suka mencampurkan makanan sebelum memakannya atau mencampurkan beberapa hidangan sampingan pada masa yang sama, mereka adalah orang yang boleh melaksanakan beberapa tanggungjawab dengan segera. Mereka juga agak boleh dipercayai dalam menyelesaikan pelbagai tugas(2).

Namun, mereka juga sering mengalami kesukaran untuk memutuskan apa yang paling penting untuk dicapai terlebih dahulu. Mereka sering menghadapi kesukaran untuk menumpukan pada tugas-tugas tertentu, kerana telah terbiasa melakukan segala-galanya bersama-sama(2).

Mengasingkan Makanan

Gambar :Cerpen

Perhatikan cara rakan-rakan atau ahli keluarga anda ketika mereka sedang makan burger atau pun biskut krim. Adakah mereka makan terus atau membuka setiap satu lapisan burger atau biskut?

Sekiranya mereka mempunyai tabiat makan dengan mengasingkan makanan, ini bermakna mereka adalah seseorang yang berorientasikan tugas, memberi tumpuan kepada menyelesaikan tugasan mengikut arahan yang diberikan. Mereka cenderung memilih pendekatan yang teratur untuk melakukan sesuatu(2).

Negatifnye, mereka akan kurang fleksibel ketika menghadapi situasi yang mereka tidak pernah alami.

Mencuba Pelbagai Jenis Makanan

Gambar :ms-my.facebook.com

Orang yang suka mencuba pelbagai jenis makanan adalah orang yang tidak akan bosan dengan mudah kerana akan sentiasa ada perkara-perkara baru yang boleh dilakukan.

Mereka juga suka mengambil risiko dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan besar yang mereka pilih. Ramai orang mengagumi sikap keberanian dan sikap keluar tetapi watak ini kadang-kadang melanggar peraturan(1).

Makan Makanan Tertentu

Gambar :tribunnews.com

Orang yang suka makan makanan tertentu dan cenderung untuk makan satu atau dua makanan dengan jangka waktu yang lama tanpa adanya rasa bosan menandakan bahawa orang ini yang terperinci(1).

Di samping itu, mereka sentiasa memastikan segala-galanya berdasarkan kepada kehendak dan rencana mereka. Dia sering berasa marah apabila orang tidak faham fikirannya tetapi ramai juga memuji ketepatan dan kebijaksanaannya semasa bekerja(1).

Rujukan

  1. wivrit.com

  2. merdeka.com