Bahang Chelsea VS JDT, Orang Ramai 'Turun Padang' Seawal Jam 4 Petang
Bahang pertembungan antara gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada malam ini kian terasa apabila ribuan peminat bola sepak kedua-dua pasukan mula hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) seawal jam 4 petang ini.
Rata-rata penyokong yang hadir tampil menyarung jersi pasukan masing-masing sekali gus menghidupkan suasana kemeriahan menjelang sepak mula jam 8 malam ini.
Tinjauan setakat jam 6 petang mendapati keadaan trafik berhampiran stadium mula perlahan, namun pergerakan kenderaan teratur di bawah kawalan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran laluan.
Sementara

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen dan perkongsian di media sosial, rata-rata orang ramai sudah teruja menantikan perlawanan malam ini.
Lebih-lebih lagi kelab dari EPL itu hadir beraksi depan mata di tanah air.

