Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Hello Doktor
Bahaya Kudis Api, Ibu Bapa Wajib Tahu Punca & Cara Rawatan

Aina Munirah

Bahaya Kudis Api, Ibu Bapa Wajib Tahu Punca & Cara Rawatan

Kebersihan diri merupakan asas penting dalam menjaga kebersihan kulit. Hal ini kerana, kulit merupakan lapisan yang melindungi tubuh dari terdedah dengan bahan pencemaran dan juga kuman.

Bukan itu sahaja, penjagaan kulit juga merupakan satu perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh semua orang. Tanpa amalan kebersihan yang konsisten, kulit kita akan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria, kulat dan masalah lain seperti jerawat, ekzema dan dermatitis.

Penjagaan kebersihan kulit yang tidak betul juga boleh mendatangkan masalah seperti kudis api. Kita sering mendengar penyakit ini melanda golongan bayi dan kanak-kanak, bukan? Selain dari kanak-kanak, penyakit ini juga sering dihidapi oleh orang dewasa.

BACA: Tidur Pun Kena Ada Cara Betul, Rahsia Untuk “Natural Beauty” Wanita

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Kudis api atau nama perubatannya impetigo, adalah jangkitan kulit yang sangat mudah berjangkit dan biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga boleh mengalaminya. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini!

Umumnya, ia akan menyebabkan kulit anak anda mengalami masalah kudis berwarna kemerahan yang mudah pecah dan mungkin mengeluarkan lendir atau nanah.

Apabila kudis itu mula pecah, maka akan keluar cecair dari situ yang kemudian bakal mengering dan mencipta keruping berwarna seakan kekuningan atau kecoklatan.

Masalah kulit impetigo ini boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu jenis bullous dan bukan bullous.

Terdapat dua jenis kudis api iaitu:

1. Jenis bullous-Kudis berair yang selalu dikelirukan dengan cacar air atau kayap. la boleh muncul tanpa sebarang luka atau trauma pada kulit. la ditandakan dengan ulser yang akan terbentuk selepas kudis itu pecah.

2. Bukan bullous-Kudis bernanah, melepuh dan melecet yang meliputi lebih separuh daripada kes masalah kulit ini, la biasa muncul akibat luka dan boleh merebak ke kawasan kulit di sekitar atau kepada individu lain.

Persoalannya, apa punca masalah kulit ini berlaku? Adakah ia berpunca daripada tabiat buruk si manja itu sendiri?

Apa punca impetigo?

Selain kudis buta, tidak kurang ramai ibu bapa yang tersalah anggap kudis api ini adalah penyakit tangan, kaki dan mulut sedangkan HFMD itu hanya terjadi angkara jangkitan virus Enterovirus.

Apa penyebab kudis api?

Manakala, masalah kulit impetigo ini pula adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria bernama Staphylococcus Aureus atau Streptococcus Pyogenes. Jelas, ketiga-tiganya merupakan kondisi kulit yang berlainan.

BACA: Elak Kulit Muka Berjerawat, Ketahui Cara Guna Pencuci Muka Dengan Betul

Kudis api berjangkit tak?

Ya, kudis api memang berjangkit. la sangat mudah merebak daripada seorang ke seorang, terutamanya melalui sentuhan langsung dengan kawasan kulit yang dijangkiti atau melalui barangan peribadi seperti tuala, baju, atau sapu tangan.

Dalam pada itu, jangkitan kuman itu turut berpunca daripada faktor risiko berikut:

  • Umur, kanak-kanak berumur 2 ke 5 tahun paling berisiko

  • Luka akibat trauma pada kulit

  • Tabiat menggaru

  • Cacar air

  • Kondisi kayap

  • Masalah ekzema

  • Gigitan serangga

  • Jangkitan kurap

  • Sistem imuniti yang lemah

  • Cuaca yang panas dan lembap

Tahap penjagaan kebersihan dan kesihatan juga boleh menyumbang kepada peningkatan risiko impetigo. Jadi, para ibu bapa wajar memantau dan memberi lebih perhatian kepada perkara ini ya?

Ini ubat kudis api paling mujarab!

Sekiranya masalah kulit ini sudah menyerang anak anda, haruslah cepat untuk mencari penawar. Selepas pemeriksaan, doktor mungkin memberikan preskripsi ubatan dalam bentuk topikal dan oral.

Terdapat ubat kudis api di farmasi yang mungkin boleh membantu merawat kondisi itu:

Krim antibiotik

Bagi mengurangkan kegatalan dan keradangan pada kudis di kulit anak anda, penggunaan krim antibiotik Mupirocin sebanyak 2-3 kali sehari selama – 10 hari boleh membantu merawat masalah itu.

Namun, ibu bapa perlu ingat untuk membasahkan kawasan sekitar kudis kulit anak anda sebelum menyapukan krim supaya antibiotik itu pantas meresap dan mencegah keruping daripada terkopek sendiri.

Perkara lebih penting, elakkan daripada menggaru kudis dan mengopek keruping agar ia lebih cepat sembuh!

Ubat antibiotik

Untuk jangkitan yang lebih teruk pula, doktor mungkin akan mempreskripsikan ubat antibiotik dalam bentuk oral, la perlu diberikan dan dihabiskan oleh anak walaupun jangkitan tampak sudah sembuh.

Ini penting untuk membunuh semua bakteria yang masih ada di dalam badan di samping bagi mencegah komplikasi lebih teruk seperti demam panas, sepsis, selulitis, osteomielitis serta glomerulonefritis.

Sekiranya pengambilan krim dan ubat antibiotik ini dilihat masih tidak berkesan, segera berjumpa doktor semula!

Langkah untuk membantu mencegah impetigo

Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada mengubati bukan? Jadi, ibu bapa perlu sentiasa memastikan kebersihan dan kesihatan anak di tahap yang terbaik.

Caranya, pastikan mereka tidak berkongsi pakaian atau alas tempat tidur, kerap memotong kuku kaki dan tangan serta sentiasa membersihkan diri terutama selepas bermain atau beraktiviti di luar rumah.

Dalam erti kata lain, masalah kudis api ini mungkin tidak begitu berbahaya namun masih boleh berlaku dan berjangkit kepada individu lain, Jadi, jangan biar dan rawat segera sebelum terlambat.

BACA: Sering Minum Kopi, Ini 5 Tip Pastikan Anda Kekal Sihat

Sumber: Hello Doktor