Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Baju Masih Lembap Lepas Guna “Washer Dryer”? Ini Sebabnya
Ramai yang memilih washer dryer kerana ia menjanjikan kemudahan dua dalam satu, Ia bukan sahaja boleh mencuci malah terus mengeringkan pakaian tanpa perlu dipindahkan ke mesin lain atau dijemur di luar.
Kedengarannya sangat praktikal. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sibuk bekerja atau tinggal di rumah tanpa ruang ampaian.
Namun, pernah tak anda alami situasi di mana selepas kitaran cucian dan pengeringan selesai, pakaian masih terasa lembap dan tidak kering sepenuhnya?
Rasa kecewa pasti ada, terutama bila anda perlu segera memakai baju tersebut atau mahu menyimpan terus dalam almari. Situasi ini sebenarnya perkara biasa dan dialami oleh ramai pengguna washer dryer di luar sana.
Walaupun mesin ini moden dan kelihatan canggih, ada beberapa faktor yang sering menjadi punca utama mengapa baju masih lembap dan tidak kering dengan sempurna.
Untuk membantu anda lebih faham, mari kita teliti sebab-sebab yang mungkin berlaku supaya anda dapat mencari solusi terbaik dan memastikan pakaian sentiasa kering, segar dan sedia dipakai.
Kesilapan paling kerap berlaku ialah memasukkan pakaian dalam jumlah yang terlalu banyak. Ramai orang beranggapan bahawa jika mesin boleh mencuci 8kg baju, maka ia juga boleh mengeringkan jumlah yang sama.
Hakikatnya, kapasiti pengeringan biasanya jauh lebih kecil daripada kapasiti cucian. Sebagai contoh, mesin 8kg cucian mungkin hanya mampu mengeringkan sekitar 4 hingga 5kg sahaja pada satu masa.
Apabila pakaian dimasukkan terlalu penuh, haba panas tidak dapat beredar dengan baik lalu menyebabkan kelembapan terperangkap di celah kain.
Akibatnya, walaupun kitaran sudah tamat, baju tetap terasa lembap. Jadi, cara terbaik ialah hadkan jumlah baju ketika mengeringkan. Lebih sedikit muatan, lebih cepat dan lebih sempurna hasilnya.
2. Jenis fabrik
Setiap jenis fabrik juga mempunyai kadar serapan dan tempoh pengeringan yang berbeza. Pakaian nipis seperti t-shirt kapas ringan atau kain polyester biasanya cepat kering tetapi fabrik tebal seperti jeans, sweater, hoodie atau tuala mandi mengambil masa yang lebih panjang.
Masalah lebih ketara apabila fabrik-fabrik ini dicampur sekali dengan pakaian nipis dalam satu kitaran.
Mesin mungkin berjaya mengeringkan baju nipis sepenuhnya tetapi pakaian tebal masih lembap di bahagian tertentu terutama di lipatan atau jahitan.
Jika ini berlaku, lebih baik anda asingkan pakaian mengikut kategori fabrik. Pakaian tebal diletakkan dalam satu sesi pengeringan khas manakala pakaian nipis digabungkan dalam sesi lain.
Cara ini lebih efisien dan mengurangkan risiko pakaian keluar masih basah.
Walaupun washer dryer tidak mempunyai penapis sebesar dryer berdiri, kebanyakan model tetap dilengkapi sistem penapis lint untuk menahan habuk kapas, bulu atau serpihan kecil daripada pakaian.
Apabila penapis ini tidak dibersihkan dengan kerap, ia akan tersumbat dan menghalang aliran udara panas yang diperlukan untuk proses pengeringan.
Udara panas yang tersekat menyebabkan kelembapan tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Ini menyebabkan pakaian kekal basah walaupun kitaran tamat.
Ramai pengguna terlepas pandang perkara ini kerana penapis kelihatan kecil dan tidak ketara. Jadi, biasakan diri untuk memeriksa dan membersihkan penapis sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Lebih-lebih lagi jika anda kerap mencuci pakaian yang menghasilkan banyak serabut seperti tuala, selimut atau pakaian kapas.
4. Masalah sistem kondensor atau aliran air tidak lancar
Washer dryer moden terutamanya jenis condenser menggunakan teknologi khas yang menukar wap panas menjadi air sebelum dialirkan keluar.
Jika sistem kondensor ini tersumbat, kotor atau aliran air tidak lancar, proses pengeringan akan terganggu. Mesin mungkin kelihatan berfungsi seperti biasa, tetapi sebenarnya pakaian tidak menerima haba secukupnya untuk kering sepenuhnya.
Lebih malang lagi, kelembapan yang terperangkap boleh menyebabkan baju berbau hapak jika dibiarkan lama dalam mesin.
Penyelesaiannya ialah memastikan mesin sentiasa diselenggara. Bersihkan bahagian kondensor mengikut jadual yang disyorkan oleh pengeluar dan pastikan saluran air tidak tersumbat.
Walaupun ia kedengaran remeh, penyelenggaraan kecil ini boleh memanjangkan jangka hayat mesin dan meningkatkan prestasi pengeringan.
BACA : Panduan Lengkap, Cara Gantung Jalur Gemilang Dengan Betul
Tidak semua mod pengering direka untuk menjadikan baju kering sepenuhnya. Ramai pengguna tanpa sedar memilih tetapan seperti Iron Dry atau Easy Iron yang sebenarnya hanya mengeringkan pakaian separuh jalan supaya lebih mudah digosok.
Akhirnya, baju keluar dari mesin masih lembap dan tidak boleh terus dipakai atau disimpan. Jika anda mahu pakaian kering sepenuhnya, pilihlah mod seperti Cupboard Dry atau Extra Dry.
Selain itu, periksa juga tetapan suhu. Fabrik nipis mungkin cukup dengan suhu rendah tetapi pakaian tebal memerlukan haba lebih tinggi.
Jadi, sebelum menekan butang mula, luangkan sedikit masa untuk memahami fungsi setiap mod agar anda tidak kecewa di penghujung kitaran.
6. Had teknologi washer dryer itu sendiri
Satu perkara penting yang perlu difahami ialah washer dryer tidak sekuat dan efisien seperti mesin dryer khas yang berdiri sendiri.
Mesin gabungan ini direka untuk praktikaliti. Iaitu untuk menjimatkan ruang dan memudahkan pengguna rumah kecil tetapi ia mempunyai keterbatasan dari segi teknologi.
Washer dryer biasanya memerlukan masa yang lebih lama untuk mengeringkan pakaian dan walaupun begitu hasilnya kadangkala tidak setanding dryer penuh.
Jika anda mempunyai keluarga yang besar dengan cucian harian yang banyak, masalah baju lembap akan lebih kerap berlaku kerana mesin tidak sempat bekerja dengan optimum.
Oleh itu, masalah baju tidak kering walaupun guna washer dryer bukanlah semestinya tanda mesin rosak.
Washer dryer memang praktikal dan menjimatkan masa tetapi untuk hasil terbaik, ia tetap memerlukan sedikit strategi dan penjagaan.
Dengan cara yang betul, anda boleh elak masalah baju lembap setiap kali membuka pintu mesin dan akhirnya dapat nikmati pakaian yang benar-benar kering lembut dan selesa dipakai.
BACA : Bebas Batuk dan Selsema di Tanah Suci, Ini Rahsianya
Sumber :
hotpoint
,
miele