Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Twitter memuatnaik satu infografik tentang sambutan Hari Kebangsaan ke-63. Menurut PDRM, sambutan kali ini bakal mencatat sejarah tersendiri.
Ini kerana, buat julung kalinya sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan dalam bentuk rakaman dengan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dan akan ditayangkan pada 31 Ogos 2020 melalui slot Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM.
Teknologi ini digunakan kerana untuk mengelakkan majlis perhimpunan ramai, sambutan Hari Kebangsaan ketika negara sedang menghadapi penularan wabak pandemik Covid-19.
Sumber: PDRM
