Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bakar Mercun Dalam Pawagam, Salman Khan Rayu Peminat “Behave” Tonton Filem Terbarunya

Syed Faisal Sayed Muhammad
salman khan mercun
Kredit AFP, X

Bakar Mercun Dalam Pawagam, Salman Khan Rayu Peminat “Behave” Tonton Filem Terbarunya

Bintang Bollywood, Salman Khan dilaporkan meminta peminatnya agar menikmati filem terbarunya tanpa merbahayakan orang ramai, lapor Indian Express.

Permintaan itu dibuat Salman selepas rakaman insiden letupan mercun di dalam panggung wayang semasa tayangan filem itu telah tular di media sosial.

Difahamkan, semasa tayangan filem itu, sekumpulan peminat dilaporkan telah membakar mercun di dalam pawagam di Mohan di daerah Nashik Maharashtra pada malam Ahad lalu.

Menurut polis, nyalaan mercun di dalam pawagam itu telah mencetuskan panik di kalangan penonton yang lainnya.

“Saya mendengar bahawa terdapat kejadian bunga api di dalam pawagam semasa Tiger 3. Ini sangat berbahaya. Nikmati filem itu tanpa membuatkan diri kita dan orang lain dalam bahaya. Semoga semua selamat,” tulis Salman di laman X miliknya berkenaan insiden tersebut.

Dalam pada itu, polis dikatakan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu di bawah Seksyen 435 dan 336.

Seksyen itu melibatkan kerosakan menggunakan api atau bahan letupan dengan niat untuk merosakkan dan membahayakan nyawa atau keselamatan diri serta orang lain.

Bagaimanapun, identiti tertuduh yang terlibat di dalam insiden itu tidak dapat didedahkan oleh pihak polis.

Filem Tiger 3 yang diterbitkan oleh produser Yash Raj turut dibintangi oleh Katrina Kaif dan Emraan Hashmi.

Filem arahan Maneesh Sharma itu pertama kali ditayangkan pada hari Ahad bersempena dengan perayaan Deepavali.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: The Indian Express