Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gambar: remaja.my

Balu Mejar Zahir Pohon Hentikan Spekulasi Kematian Suaminya

Aqmal Ezany

KUALA LUMPUR, (Bernama) — “Saya mohon jangan dibangkitkan benda yang bukan-bukan berkaitan pemergian arwah suami, kesian arwah yang telah tiada”, kata balu Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut dalam insiden tertembak ketika membuat aksi gimik pada Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini.

Nour Shafinar Harun, 31 berkata dirinya menerima dengan reda bahawa pemergian arwah suaminya adalah disebabkan kemalangan dalam latihan.

“Saya reda dengan pemergian arwah. Saya juga tidak mahu individu-individu luar mengaitkan apa-apa pasal arwah (berhubung kematiannya), sebab kita dalam badan ketenteraan ni, saya pun faham macam mana situasi begini boleh berlaku.

“Orang yang telah tiada, tetap tiada…untuk kebajikan saya selepas ini, memang pihak kerajaan akan mengambil alih dan akan dijaga oleh pihak tentera sendiri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kem Wardieburn di sini hari ini.

Nour Shafinar turut menzahirkan kesyukuran dan rasa terharu di atas kesudian Dr Wan Azizah meluangkan masa melawat dirinya bersama anak-anak serta mensihati agar terus tabah mengharungi kehidupan mendatang selain turut lega apabila kerajaan menghargai jasa arwah meskipun telah meninggal dunia.

Dalam kejadian pagi 4 Sept itu, Mohd Zahir yang juga merupakan anak pengarah dan pelawak terkenal, AR Badul tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan 5 meter menggunakan senjata api semasa acara itu.

Sementara itu, Nour Shafinar memberitahu bahawa anak-anaknya yang masih kecil turut menunjukkan perkembangan positif dan memahami keadaan bahawa ayah mereka telah tiada.

“Anak-anak semua faham dan mereka reda. Memang saya sendiri sebagai ibu beritahu mereka bahawa ‘daddy’ dah tiada dan mengajar mereka untuk sentiasa mendoakan arwah.

“Saya turut memberitahu bahawa ‘daddy’ mereka pergi disebabkan kemalangan dalam latihan, jadi saya ajar anak-anak untuk terima dan reda dengan keadaan itu,” katanya.

Jelasnya, ada ketika anak-anak akan menatap gambar dan wajah ayah mereka sebagai pengubat rindu.

Bagaimanapun, Nour Shafinar tidak menghalang sekiranya anak-anaknya mahu mengikut jejak langkah bapa mereka untuk menjadi penembak satu hari nanti.

“Saya galakkan anak untuk teruskan perjuangan kami sebab saya pun bekas penembak tepat (tentera) juga. Anak yang sulung sudah menunjukkan sedikit ciri-ciri minatnya dan anak yang kecil (bayi) pun agresif lebih sikit,” ujarnya sambil tersenyum.

Beliau yang kini sedang hamil turut mengakui dalam proses menguruskan perpindahan mereka sekeluarga ke Perak memandangkan itu adalah hasrat terakhir arwah kepadanya.

Pegawai Tentera Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas itu merupakan penembak tepat, meninggalkan seorang balu bersama lima orang anak berumur antara enam bulan dan 10 tahun.- BERNAMA