Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bangsa Johor Diajak Bersolidariti Untuk Palestin Ahad Ini
JOHOR BAHRU, 15 Nov (Bernama) — Seluruh rakyat di negeri ini diajak untuk bersama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin dalam satu acara yang akan diadakan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini Ahad ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebook hari ini, mengajak warga Johor untuk sama-sama menyertai Majlis Yasin, Tahlil serta Solat Hajat Bangsa Johor peringkat negeri sebagai satu daripada inisiatif dalam usaha memohon kemenangan atas perjuangan rakyat Palestin.
“Ayuh seluruh Bangsa Johor! Sama-sama kita hadir ke Solidariti Bangsa Johor pada Majlis Yasin, Tahlil dan Solat Hajat Bangsa Johor untuk Palestin peringkat negeri pada 19 Nov ini.
“Panjatkan doa dan teguhkan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Sama-samalah kita berdoa agar penderitaan dan penindasan ini digantikan dengan cahaya keamanan dan keadilan agar kembali menyinari bumi Palestin. Insya-Allah, ” katanya menerusi hantaran tersebut.
Tiga hari lepas, Menteri Besar mengambil peluang untuk membangkitkan isu mengenai krisis kemanusiaan dan tragedi yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza itu, ketika bercakap pada Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023, sebuah platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dianjurkan di bandar raya ini.
Konflik yang berlaku Semenanjung Gaza yang memasuki hari ke-40 hari ini, telah mengorbankan ribuan nyawa dengan angka korban di Palestin telah melebihi 11,000 orang.
BACA: Cameron Highlands Mendunia, Diiktiraf Antara 51 Tempat Tercantik Di Dunia
Sumber: Bernama