Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bangunan Baharu Columbia Asia Hospital Cheras Dilancarkan Bagi Memperkukuh Kesihatan Komuniti

bangunan baharu Columbia Asia
Kredit: Columbia Asia Hospital Cheras

Bangunan Baharu Columbia Asia Hospital Cheras Dilancarkan Bagi Memperkukuh Kesihatan Komuniti

Cheras, Malaysia, 22 April 2026 -  Bangunan baharu Columbia Asia Hospital Cheras (CAHC), salah satu hospital di bawah kumpulan Asia OneHealthcare, telah dibuka secara rasmi lantas menandakan satu pencapaian penting dalam usaha untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat di Cheras dan kawasan sekitarnya.

Kini, kapasiti hospital diperluaskan, kemudahan juga bertambah serta kepelbagaian kepakaran perubatan.

Bangunan baharu ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan, yang turut menegaskan kepentingan usaha berterusan dalam memperkukuh akses serta kapasiti perkhidmatan kesihatan di kawasan yang pesat membangun.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Puan Engku Marina Engku Hatim, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau CAHC, serta Dr Chan Boon Kheng, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Asia OneHealthcare.

Kredit: Columbia Asia Hospital Cheras

Perluasan ini bermula di kala bilangan penduduk semakin meningkat, usia penduduk juga makin bertambah, dan kes kes perubatan semakin kompleks lantas permintaan kesihatan makin mendesak. Kebiasaannya situasi ini terjadi khususnya di kawasan bandar yang berkembang pesat seperti Cheras dan kawasan sekitarnya.

"Daları komuniti yang sedang pesat membangun seperti Cheras, akses segera kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti menjadi semakin penting.

Perluasan ini bukan sekadar untuk menambah kapasiti, tetapi untuk memperkukuh keupayaan kami untuk menangani keperluan kesihatan yang semakin kompleks, menyokong intervensi awal, serta memberi hasil yang positif untuk komuniti kami," kata Puan Engku Marina.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, hospital ini memperkenalkan bangunan baharu empat tingkat serta tiga tingkat bawah tanah, yang direka melengkapkan kemudahan sedia ada serta meningkatkan aliran dan akses pesakit.

Kredit: Columbia Asia Hospital Cheras

Dengan peluasan ini, kapasiti hospital meningkat daripada 78 kepada 180 katil, termasuk 3 katil isolasi, 56 bilik persendirian, serta B katil di Unit Khidmat Pembedahan Ambulatori, Klinik pakar turut bertambah, juga penubuhan Pusat Saringan Kesihatan khusus untuk pencegahan penyakit dan pengesanan awal, sekali gus memperkukuh keupayaan hospital untuk berkhidmat kepada komuniti di Cheras Selatan, Balakong, Sungai Long, Kajang, Seri Kembangan, Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya.

Pusat Dialisia juga sedang dalam pembangunan dan dijangka mula beroperasi menjelang akhir tahun 2026.

Perluasan ini turut memperkukuh keupayaan klinikal hospital dengan adanya subkepakaran berpermintaan tinggi seperti Bedah Saraf, Obstetrik dan Ginekologi, Perubatan Ibu dan Janin, Pembedahan Tangan dan Mikrosurgeri, Trauma Ortopedik, serta Pembedahan Payudara dan Endokrin, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk penjagaan kesihatan yang lebih khusus dan menyeluruh dalam komuniti.

Sempena 30 tahun operasi Columbia Asia di Malaysia, perluasan Columbia Asia Hospital Cheras mencerminkan perkembangan berterusan dalam usaha memperluaskan perkhidmatan serta memperkukuh penjagaan kesihatan komuniti.

Kredit: Columbia Asia Hospital Cheras

Sepanjang tempoh tersebut, Columbia Asia telah memperluaskan rangkaian dan keupayaannya di seluruh negara, di samping memperkukuh usaha dalam penjagaan pencegahan, kesedaran kesihatan, dan penglibatan komuniti.

"Sempena 30 tahun perkhidmatan kepada komuniti di Malaysia, perluasan ini mencerminkan komitmen Columbia Asia yang terus berkembang bagi memenuhi keperluan kesihatan yang sentiasa berubah la bukan sekadar pelaburan infrastruktur, tetapi komitmen jangka panjang untuk memastikan komuniti terus mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan diyakini," kata Dr Chan Boon Kheng, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Asia OneHealtchcare.

Dengan perluasan ini, Columbia Asia Hospital Cheras mengukuhkan lagi peranannya sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dipercayai di Lembah Klang, menyokong individu, keluarga dan perniagaan dengan akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti tinggi yang lebih dekat dengan komuniti.