Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Banjir, Darurat Diisytihar di Wilayah Canterbury, New Zealand

Gambar: Stu Jackson via www.nzherald.co.nz

MOSCOW, 31 Mei (Bernama) — Darurat diisytiharkan di wilayah Canterbury, New Zealand pada Ahad ekoran hujan lebat yang mencetuskan banjir besar dan gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik.

“Kumpulan Pengurusan Kecemasan Pertahanan Awam Canterbury mengisytiharkan darurat di Canterbury kerana hujan lebat berterusan menyebabkan berlakunya banjir,” memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Menurut portal berita Stuff, lebih 4,0000 rumah di bandar Ashburton berisiko dinaiki air dan pihak berkuasa sudah memulakan operasi memindahkan penduduk di kawasan paling teruk terjejas.

Beberapa jalan turut ditutup, kira-kira 300 isi rumah mengalami gangguan bekalan elektrik, kata Stuff.

Hujan diramal berterusan hingga Isnin dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

— BERNAMA