Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dalam satu Hebahan Amaran Banjir Negeri Pahang memaklumkan daerah Lipis di negeri tersebut diramal akan dilanda banjir bermula 3 Januari ini, jam 3 pagi.
Perkara berkenaan dikongsikan melalui laman facebook jabatan tersebut sebentar tadi.

Antara kawasan-kawasan yang mungkin terjejas Sungai Jelai, Kampung Bukit Betong, Kampung Demik, Kampung Kuala Telang, Kampung Tempinang dan kawasan rendah sekitarnya.
Menurut kemas kini itu lagi, ramalan banjir berkenaan dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan waspada yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 1 Januari, 6.30 pagi tadi.
