Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Banjir Kilat Landa Hulu Langat, Penduduk Siar Secara Langsung
Berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi, beberapa kawasan di Hulu Langat kini mengalami banjir kilat.
Tular di media sosial, penduduk di kawasan terjejas membuat siaran langsung melaporkan keadaan terkini di sana.
Setakat ini, antara kawasan yang dilaporkan terjejas termasuk Nanding, Sungai Serai dan Dusun Tua.


Penduduk turut melaporkan satu kejadian operasi menyelamat oleh pihak bomba yang melibatkan dua buah kenderaan, didakwa hanyut dibawa air di kawasan IKBN Dusun Tua.

Berdasarkan video perkongsian orang awam yang dikongsikan Bernama, sebuah kenderaan jenis hatchback dilihat hanyut dibawa air banjir.
Dalam pada itu, beberapa kumpulan pelajar yang dijadualkan menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) pagi ini dilihat dibawa dengan menaiki lori.

Menurut Astro Awani, kejadian yang sama turut disahkan oleh Ketua Kampung Batu 16 Dusun Tua, Md Gadapi Ahmad Harmain.
Berikutan air yang mula naik sekitar jam 6 pagi, beberapa laluan utama di sekitar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Sekolah Rendah Agama Dusun Tua terpaksa ditutup.
“Air telah melepasi paras bahaya. Fokus kami adalah menyelamatkan pelajar yang akan menduduki SPM pada jam 8.15 pagi,” maklumnya.
Sementara itu, seorang calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nanding disahkan terkesan berikutan kediaman yang dinaiki air.
Menurut Pengetua, Rozman Abdul Kadir, pelajar berkenaan selamat tiba di sekolah dengan bantuan penduduk.
“Calon dari Dusun Tua itu sempat tiba sebelum peperiksaan bermula. Calon lain dari Sungai Serai juga sempat sampai sebelum jalan ditutup,” jelasnya.
BACA: Minta Disuap, Kisah Pemandu & Anak Yatim Ini Undang Sebak
Sumber: Siaran langsung orang awam, Astro Awani