Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Korban banjir meningkat
Gambar: BERNAMA

Banjir: Korban Meningkat Kepada Enam, Jumlah Mangsa Di Seluruh Negara Berkurang

Hannah

Banjir: Korban Meningkat Kepada Enam, Jumlah Mangsa Di Seluruh Negara Berkurang

KUALA LUMPUR — Angka kematian akibat banjir di seluruh negara meningkat kepada enam orang pada Ahad, dengan kejadian terbaharu melibatkan dua lelaki warga emas yang lemas ketika memantau haiwan ternakan di Machang, Kelantan petang tadi.

Bagaimanapun jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 140,896 orang setakat 8 malam, berbanding 148,024 orang pada 4 petang.

PERAK kembali dilanda banjir apabila 130 mangsa membabitkan 36 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama, Hilir Perak, Kinta dan Kampar.

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Melaka pula sedikit meningkat manakala di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis berkurang

Di PAHANG, mangsa terjejas banjir meningkat kepada 1,230 orang membabitkan 421 keluarga setakat 8 malam berbanding 1,152 orang yang dilaporkan petang, meliputi tiga daerah iaitu Raub, Jerantut dan Lipis.

BACA: Trak ATM Tergelincir Redah Banjir, Kejadian Tidak Libatkan Calon SPM

Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 26 PPS dibuka di seluruh negeri itu dengan Raub masih kekal mencatatkan angka tertinggi mangsa iaitu seramai 1,092 orang, diikuti Jerantut (105) dan Lipis merekodkan 33 mangsa daripada empat keluarga.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang bertitah agar Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan pihak berkuasa terlibat, lebih kerap mengemas kini data ramalan cuaca dan kejadian banjir yang berlaku di negara ini.

Baginda bertitah maklumat terkini amat penting kepada rakyat terutama mereka yang tinggal di lokasi berisiko dilanda bencana tersebut.

Jumlah mangsa banjir di JOHOR meningkat kepada 728 orang daripada 199 keluarga setakat 8 malam berbanding 528 orang pada petang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata sebuah lagi PPS dibuka di daerah Segamat iaitu Sekolah Agama Buloh Kasap menjadikan jumlah keseluruhan PPS aktif sebanyak 17.

BACA: Banjir: JKR Kelantan Mengesan 10 Runtuhan Di Jalan Persekutuan

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata empat sungai iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Sungai Muar di Kampung Awat dan Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat; serta Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma’amor di Tangkak dilaporkan berada pada paras bahaya.

Beliau berkata daerah Johor Bahru, Pontian, Segamat dan Kulai diramalkan cerah pada malam manakala Muar, Mersing, Batu Pahat dan Tangkak mendung, Kluang dan Kota Tinggi pula dijangka hujan.

Sementara di MELAKA pula, jumlah mangsa setakat 8 malam ini meningkat sedikit kepada 241 orang daripada 58 keluarga berbanding 238 orang petang semalam.

Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka dalam kenyataan semalam berkata pertambahan mangsa berlaku di daerah Jasin iaitu di PPS Seri Mendapat dengan 66 orang daripada 18 keluarga manakala di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu masih kekal menempatkan 95 orang daripada 24 keluarga.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 88,742 orang membabitkan 27,661 keluarga pada malam yang ditempatkan di 253 PPS berbanding 94,214 orang pada petang.

BACA: Pasangan Pengantin Edar Makanan Kenduri Selepas Lokasi Majlis Dilanda Banjir

Menerusi Portal Info Bencana JKM, jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 29,338 orang, diikuti Tumpat (18,640), Kota Bharu (7,940), Pasir Puteh (10,725) dan Kuala Krai (5,401), Bachok dengan 6,269 mangsa, Machang (6,310), Tanah Merah (4,038) dan Jeli (81).

Portal infobanjir.water.gov.my pula memaklumkan tiga sungai utama di negeri itu kekal melepasi paras bahaya namun dalam trend menurun iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang (10.88 meter), Sungai Golok di Tumpat (4.17 meter), dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (3.13 meter).

Jumlah mangsa banjir di TERENGGANU turut menunjukkan sedikit penurunan apabila 40,604 orang ditempatkan di PPS di seluruh negeri setakat malam berbanding 41,788 mangsa pada petang.

Menurut Sekretariat JPBN, jumlah mangsa banjir di Besut direkodkan sebanyak 12,458 orang (3,360 keluarga) yang ditempatkan di 102 PPS; Dungun 7,647 mangsa (1,920 keluarga) di 43 PPS; Hulu Terengganu 6,694 mangsa (2,067 keluarga) di 57 PPS; manakala Kuala Nerus seramai 4,111 orang (1,076 keluarga) di 14 PPS.

BACA: Banjir: Kanak-Kanak Lelaki Berusia Setahun Maut Ditemukan Lemas Di Tumpat

Di Setiu pula, seramai 3,571 mangsa (950 keluarga) di 36 PPS; Kuala Terengganu 3,954 mangsa (998 keluarga) di 12 PPS; Kemaman 1,318 mangsa (342 keluarga) di 10 PPS; manakala Marang seramai 851 mangsa (219 keluarga) di sembilan PPS.

Selain itu, sebanyak 45 jalan Persekutuan dan negeri di seluruh Terengganu masih ditutup kepada semua kenderaan setakat ini berikutan paras air yang tinggi.

Sementara itu, di KEDAH, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 7,954 orang daripada 2,398 keluarga setakat 8 malam berbanding 8,468 orang daripada 2,603 keluarga pada petang.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari enam daerah itu ditempatkan di 48 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di NEGERI SEMBILAN, laman sesawang Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir terus mencatatkan penurunan setakat 8 malam dengan 1,198 individu daripada 317 keluarga ditempatkan di sembilan PPS membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Pilah, Tampin dan Jempol.

Di PERLIS, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 69 orang daripada 16 keluarga setakat pukul 8 malam berbanding 75 orang daripada 18 keluarga pada petang.

Menurut Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud 69 mangsa banjir itu masih berlindung di PPS SK Arau di Arau dan mereka antaranya dari Kampung Rambai, Kampung Banggol Sena, Kuala Tunggang dan Kampung Alor Setar.

Sumber: BERNAMA