Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bank Muamalat Lancarkan Atlas, Platform Perbankan Digital Patuh Syariah

MUAMALAT

Bank Muamalat Lancarkan Atlas, Platform Perbankan Digital Patuh Syariah

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini memperkenalkan ATLAS, platform perbankan digital patuh Syariah generasi baharu, yang menandakan satu pencapaian penting dalam transformasi Bank ke arah institusi kewangan Islam berteraskan digital. Pelancaran rasmi ini sedang berlangsung dari 29 April hingga 3 Mei 2026 di IOI Mall Putrajaya.

Bertemakan “Your Journey to Better”, pelancaran ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali ATLAS secara lebih dekat, sekali gus mentakrif semula pengalaman perbankan Islam melalui pendekatan digital yang lebih menyeluruh dan bersepadu dengan gaya hidup masa kini.

Pengunjung juga boleh meneroka ATLAS Discovery Hub, sebuah ruang interaktif yang mempamerkan keupayaan dan ciri inovatif platform ini, selain menyertai pelbagai aktiviti yang dirangka bagi meningkatkan literasi kewangan serta pengalaman pengguna.

Sempena pelancaran ini, pelanggan yang mendaftar akaun ATLAS dan mengaktifkannya dengan deposit minimum berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai ganjaran menarik, sejajar dengan komitmen Bank dalam memberikan nilai tambah kepada pelanggan.

Sejak diperkenalkan, ATLAS menerima sambutan memberangsangkan dengan peningkatan jumlah muat turun dan pengguna aktif, mencerminkan permintaan yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan perbankan Islam berasaskan digital yang lebih mudah diakses.

Perkembangan ini turut menyokong peranan Bank Muamalat dalam memperkukuh ekonomi digital negara melalui usaha memperluas inklusiviti kewangan, menggalakkan transaksi tanpa tunai serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan yang selamat dan patuh Syariah.

Datuk Khairul Kamarudin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, berkata ATLAS merupakan satu langkah penting dalam perjalanan pendigitalan Bank serta aspirasi untuk mentakrif semula perbankan Islam bagi era moden.

“ATLAS bukan sekadar aplikasi perbankan. Ia direka untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pelanggan, menggabungkan pengurusan kewangan dengan gaya hidup."

"Berteraskan prinsip Amanah, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang telus dan bertanggungjawab. ATLAS menawarkan penyelesaian yang bukan sahaja inovatif, tetapi juga memberi manfaat jangka panjang kepada pelanggan."

"Dalam usaha Malaysia mempercepat peralihan ke arah ekonomi digital, ATLAS turut memainkan peranan penting dalam memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan yang inklusif dan selamat, agar tiada golongan yang tercicir dalam arus transformasi ini,” katanya.

ATLAS menawarkan akaun simpanan patuh Syariah sepenuhnya yang dilengkapi dengan ciri Savings Pouch, dengan kadar keuntungan kompetitif sehingga 2.25 peratus setahun. Sebagai platform digital sepenuhnya, ATLAS membolehkan pelanggan membuka dan mengurus akaun pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa kebergantungan kepada cawangan fizikal.

Selain fungsi perbankan teras, platform ini turut menyokong keperluan gaya hidup pengguna secara holistik, khususnya dalam kalangan pengguna Muslim, melalui ciri-ciri bersepadu seperti waktu solat, doa harian, akses Al-Quran, arah kiblat dan pencari lokasi masjid.

Penambahbaikan akan datang termasuk perkhidmatan aqiqah dan qurban juga sedang dirancang, sekali gus mengukuhkan komitmen Bank untuk membantu pelanggan memenuhi keperluan kewangan dan spiritual melalui satu platform.

Selaras dengan konsep “banking with purpose”, ATLAS memperkenalkan sistem Lifestyle Reward Points yang memberi ganjaran kepada pelanggan melalui aktiviti perbankan harian, sekali gus menjadikan pengalaman perbankan lebih interaktif dan bernilai.

Bank Muamalat merancang untuk menambah kemudahan pembiayaan dan pelaburan dalam masa terdekat, sekali gus menjadikan ATLAS sebagai platform kewangan digital yang lebih lengkap.

Platform ini juga meningkatkan akses kepada kempen Save2Win, membolehkan pelanggan menyertai dengan mudah melalui ATLAS tanpa perlu mengunjungi cawangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ATLAS oleh Bank Muamalat, sila layari www.atlasmuamalat.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berhampiran.