Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bank Pusat Sweden Syorkan Rakyatnya Simpan Duit Di Rumah

Iqbal Yasir
Rakyatnya Simpan Duit Di Rumah
Gambar: Linkedln

Bank Pusat Sweden Syorkan Rakyatnya Simpan Duit Di Rumah

Bank Pusat Sweden (Riksbank) mengesyorkan agar setiap orang dewasa menyimpan sekurang-kurangnya 1,000 kronor (SEK) tunai bersamaan RM428 di rumah.

Riksbank dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu mengambil kira situasi global yang semakin merosot.

Ia termasuk membolehkan rakyat mempunyai akses kepada pelbagai kaedah pembayaran sekiranya berlaku gangguan sementara, krisis, atau dalam senario terburuk, peperangan.

Tabung Kecemasan

"Riksbank mengesyorkan setiap isi rumah menyimpan 1,000 SEK tunai bagi setiap orang dewasa di rumah sebagai penanda aras untuk pembelian keperluan selama seminggu.

"Isi rumah dinasihatkan menyimpan wang dalam pelbagai denominasi (nilai kertas) yang berbeza jika boleh," maklum kenyataan itu.

Menurut Timbalan Gabenor Pertama Bank Pusat Sweden, Aino Bunge, perkembangan drastik di Timur Tengah sejak Sabtu lalu adalah contoh situasi antarabangsa yang semakin memburuk.

"Ia bukanlah perkara yang mencetuskan pengumuman khusus ini secara langsung, namun ia jelas menunjukkan kebimbangan yang wujud di dunia luar," katanya.

Tambahnya, nilai berkenaan dijangka dapat menampung pembayaran barangan keperluan asas selama seminggu.

Walau bagaimanapun, jumlah tersebut mungkin perlu disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap isi rumah.

Pun begitu, beliau menegaskan ia hanyalah satu syor yang berdasarkan pengiraan Agensi Pengguna Sweden mengenai jumlah purata makanan yang diambil oleh individu setiap bulan.

Selain menyimpan wang di rumah, bank pusat itu turut mengesyorkan tiga perkara lain termasuk penggunaan kad daripada rangkaian berbeza; akses perkhidmatan pembayaran mudah alih seperti Swish dan kad fizikal dan PIN.