Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
BANK RAKYAT
Bank Rakyat Perkukuh Hubungan Media Menerusi Pickleball 2026

Syamimi

Bank Rakyat Perkukuh Hubungan Media Menerusi Pickleball 2026

Bank Rakyat baru-baru ini menganjurkan Kejohanan Pickleball Media Bank Rakyat 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bank untuk memperkukuh hubungan strategik bersama rakan media, di samping mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pengamal media.

Acara yang berlangsung di The Hood, Chow Kit itu menghimpunkan wakil daripada organisasi media arus perdana, penyiaran dan digital, dengan penyertaan seramai 64 peserta.

Kejohanan ini berlangsung dalam suasana santai namun kompetitif, sekali gus menyediakan platform interaksi dua hala yang lebih terbuka dan tidak formal antara Bank Rakyat dan pihak media.

Kejohanan tersebut menyaksikan Hanif Miswan dan Fathy Azlan dari Astro Arena, muncul sebagai johan dan membawa pulang wang tunai RM1,000, manakala tempat kedua dimenangi oleh Hazwan Alias dan Syaheer Shahruddin dari TV3 dengan hadiah RM800. Tempat ketiga pula menjadi milik Johan dan Ozlynn yang mewakili Hot FM yang menerima wang tunai RM500.

Antara organisasi media yang mengambil bahagian ialah TV3, Berita Harian, New Straits Times (NST), TV9, Refleks, Harian Metro, Suria FM, Hot FM, Utusan Malaysia, Kosmo, Makkal Osai, The Star, Bernama, RTM, Astro Arena, Free Malaysia Today, Sinar Karangkraf, Omnia, Influasia serta Siakap Keli.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, penganjuran kejohanan ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat dalam membina serta memperkukuh hubungan strategik jangka panjang bersama rakan media.

“Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat dan berintegriti kepada masyarakat. Melalui pendekatan libat urus yang lebih santai seperti ini, Bank Rakyat bukan sahaja mengeratkan hubungan kerjasama, malah mewujudkan ruang interaksi yang lebih terbuka dan membina,” kata beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan sukan pickleball, yang kini semakin mendapat perhatian, membolehkan penyertaan yang lebih inklusif dan dinamik, sekali gus memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh kerjasama dalam suasana yang positif.

“Pada masa akan datang, Bank Rakyat akan terus melaksanakan inisiatif libat urus strategik bersama media melalui pendekatan yang relevan dan berimpak tinggi,” tambahnya.