Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Bantuan MyKasih RM2,100 Melalui MyKad
Gambar AI
Tiada Kategori

Bantuan MyKasih: Terima RM2,100 Melalui MyKad

suhaila

Bantuan MyKasih RM2,100 Melalui MyKad: Panduan Semakan Kelayakan dan Jadual Bayaran 2025

Adakah anda tergolong dalam kumpulan penerima yang layak menikmati Bantuan MyKasih bernilai RM2,100 untuk tahun 2025?

Jika ya, ketahui cara semakan kelayakan dan maklumat penting lain yang berkenaan dengan bantuan ini. Bantuan MyKasih ini disalurkan terus ke dalam MyKad anda. I

nisiatif ini bukan sahaja dapat membantu untuk meringankan beban kewangan rakyat yang berpendapatan rendah tetapi juga dapat memudahkan proses pengagihan bantuan tanpa memerlukan tunai atau pemindahan ke akaun bank.

Apa itu Bantuan MyKasih RM2,100?

Bantuan MyKasih merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk membantu golongan isi rumah yang berpendapatan rendah di seluruh negara.

Menerusi bantuan ini, penerima yang layak akan menerima sejumlah RM2,100 setahun. Ianya akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad dan menjadikannya lebih mudah dan selamat untuk digunakan.

Siapakah yang layak terima bantuan ini?

Antara syarat untuk menerima Bantuan MyKasih RM2,100 ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.

  • Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR).

  • Pendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

  • Telah lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di bawah kategori isi rumah.

  • Tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih sebagai penerima miskin atau miskin tegar sebelum atau pada 31 Oktober 2024.

Jika anda menepati semua kriteria di atas, anda berkemungkinan besar tersenarai sebagai penerima bantuan ini.

Jadual bayaran Bantuan MyKasih 2025

Pengagihan bantuan ini dilakukan secara ansuran bulanan bukannya sekaligus. Berikut merupakan jadual bayaran sepanjang tahun 2025:

Bil

Tarikh Bayaran

Jumlah (RM)

1

15 Januari 2025 (Rabu)

100

2

1 Februari 2025 (Sabtu)

100

3

1 Mac 2025 (Sabtu)

100

4

1 April 2025 (Selasa)

200

5

1 Mei 2025 (Khamis)

200

6

1 Jun 2025 (Ahad)

200

7

1 Julai 2025 (Selasa)

200

8

1 Ogos 2025 (Jumaat)

200

9

1 September 2025 (Isnin)

200

10

1 Oktober 2025 (Rabu)

200

11

1 November 2025 (Sabtu)

200

12

1 Disember 2025 (Isnin)

200

Jumlah Keseluruhan

RM2,100

BACA : Rahsia, Cara Kereta Kekal Wangi & Bersih Walau Ada Anak Kecil

Cara semak status kelayakan anda secara online

Terdapat dua portal rasmi yang boleh anda gunakan untuk membuat semakan status penerimaan bantuan:

1. Portal rasmi MyKasih

  • Layari: https://mykasih.com.my

  • Klik menu “Semak Kelayakan”

  • Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang)

  • Klik butang “Semakan Status”

  • Status akan dipaparkan sama ada anda “Layak” atau “No. MyKad tidak wujud dalam sistem”

2. Portal Rasmi STR

  • Layari laman rasmi STR

  • Masukkan nombor MyKad dan klik “Log Masuk”

  • Klik “Semakan Permohonan”

  • Pilih “Semakan 2025”

  • Status akan dipaparkan sebagai “Lulus” atau “Tidak Lulus” di bawah Bantuan SARA

Bagaimana bantuan ini digunakan melalui MyKad?

Wang bantuan ini tidak boleh dikeluarkan secara tunai. Sebaliknya ia hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan tertentu di pasar raya dan kedai runcit yang mengambil bahagian. Antara barangan yang boleh dibeli termasuk:

1. Barangan Dapur

Beras, telur, roti, minyak masak, tepung, makanan dalam tin, mi segera, biskut dan bahan perasa.

2. Keperluan Diri

Ubat gigi, sabun mandian, tuala wanita dan lain-lain produk penjagaan diri asas.

3. Barangan Sekolah

Pakaian seragam sekolah, kasut, beg, alat tulis dan kelengkapan asas pembelajaran.

4. Ubat-Ubatan

Produk seperti paracetamol, ubat batuk dan ubat-ubatan ringan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Produk Kebersihan Rumah

Sabun pencuci pinggan, sabun atau serbuk pencuci pakaian, serta sabun pencuci lantai.

Bantuan MyKasih sebanyak RM2,100 setahun ini merupakan satu lagi inisiatif pro-rakyat yang amat membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi tekanan ekonomi harian.

Dengan hanya menggunakan MyKad, penerima tidak perlu risau tentang kehilangan wang tunai atau kerumitan urusan bank.

Semoga bermanfaat.

BACA : 7 Rahsia, Tip, Cara Jaga “Aircond” Kereta Kekal Sejuk