Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bantuan RM500,000 Jika Berlaku Hilang Upaya Kekal Atau Kematian Disebabkan Suntikan Vaksin COVID-19

Gambar Hiasan via Bernama

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19.

Menurutnya, antara yang terkandung di dalam bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 itu adalah bantuan RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.

Selain daripada itu, bantuan RM500,000 juga turut akan diberikan kepada penerima vaksin yang hilang upaya kekal atau kematian disebabkan suntikan vaksin COVID-19.

Tambahnya lagi, kerajaan turut bersetuju menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta untuk bayaran khas kesan sampingan vaksin COVID-19.

Beliau menjelaskan bahawa bayaran khas yang dinyatakan itu merupakan langkah proaktif daripada kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan daripada penggunaan vaksin COVID-19.

Selain daripada itu, bayaran khas itu juga disasarkan untuk membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada vaksin ini pada masa akan datang.

Sumber: Bernama