Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Banyak Benda ‘Tidak Sihat’ Akan Datang, Ibu Padam Akaun Media Sosial Anak Yang Ada 1.7 Juta Pengikut

Foto: Dailymail

Ketagihan melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan perilaku dan sikap negatif kerana terpengaruh dengan kandungan di media sosial.

Tindakan drastik seorang ibu ‘influencer’ berusia 14 tahun ini memadam akaun media sosial anak perempuan setelah membuat pemerhatian bahawa Tiktok dan Instagram akan mendatangkan perkara yang ‘tidak sihat’ untuk anaknya.

Fernanda Rocha Kanner berkata dia tidak mahu anak perempuannya yang dikenali sebagai ‘Nina Rios’ menjadi penilaian orang ramai dalam media sosial.

Nina Rios atau nama sebenarnya Valentina ini mempunyai lebih dari 1.7 juta pengikut di laman Tiktok dan Instagram milikinya.

“Saya rasa ia satu gejala yang tidak sihat bagi orang dewasa malah lebih-lebih untuk remaja yang meningkat dewasa ini. Lambat-laun Valentina akan faham nanti,” ujarnya.

Tambah wanita ini, dia tidak mahu anaknya membesar dengan ‘watak’ di dalam media sosial. Malah tariannya yang dimuatnaik di laman Tiktok ini seperti ‘babun’ yang tengah berlatih menari.

“Ini adalah genarasi yang menyedihkan pada abad ini…”

Fernanda berkata tindakannya ini mendapat pujian daripada para ibu di luar sana, namun remaja yang lain menganggap perbuatan ini adalah ‘posesif’.

Bagaimanapun, anak perempuan ini tidak gembira dengan tindakan ibunya dan dia terpaksa mengikut arahan daripada ibunya sebelum berlaku perkara yang lebih buruk.

Sumber: Dailymail