Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pasukan Great Britain (GB) sekali lagi meraih pingat emas di kejohanan Olimpik Tokyo 2020, kali ini melalui acara perahu layar 470 wanita.
Gandingan hebat Hannah Mills bersama pasangan layar barunya Eilidh McIntyre, nampaknya tak mengecewakan. Mills yang sebelumnya dipasangkan dengan Saskia Clark di Olimpik Rio 2016, masih kekalkan gelaran juara di Olimpik Tokyo kali ini.
Namun pasangan baru Mills ni pun tak kurang hebatnya. Sukan perahu layar ini boleh dikatakan dah ada dalam darah McIntyre. Eilidh McIntyre merupakan anak perempuan kepada atlet ‘legend‘ sukan layar GB, Mike McIntyre.
33 tahun lepas ayahnya merangkul pingat emas di Olimpik Seoul 1988, hari ni Eilidh pula ‘mengikut jejak’ sang ayah menyumbang pingat emas buat negara.
Sebagai ‘wajah baru’ di kejohanan Olimpik, pencapaian McIntyre kali ini bukan sahaja mengharumkan nama kontinjen GB, malah turut membanggakan keluarganya.
Sumber: Olympics