Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Barcelona Disiasat, Didakwa Bayar Berjuta Duit Pada “Ex” Naib Presiden Pengadil Selama Tiga Musim
Barcelona telah dibabitkan dengan satu skandal rasuah terbesar apabila dituduh membayar lebih daripada 1 juta Pound Sterling (RM 5.3 juta) sepanjang tiga musim kepada bekas naib presiden pengadil LaLiga, lapor Daily Mail.
Skuad Catalan itu kini berada di tangga teratas LaLiga dan sedang sibuk membuat persiapan untuk menentang Manchester United dalam Liga Europa pada hari Khamis.
Berdasarkan laporan yang pertama kali dikeluarkan pada program radio Cadena SER Que t’h jugues, Barcelona telah didakwa membayar Jose Maria Enriques Negreira.
Bayaran itu dibuat melalui syarikatnya DASNIL 95 dengan jumlah sebanyak 1.2 juta Pound Sterling (RM6.3 juta) semasa zaman presiden Josep Bartomeu.
Didakwa bahawa Negreira, yang bakal dilantik jadi naib presiden Jawatankuasa Teknikal Pengadil selepas bersara, telah dibayar sejumlah wang bernilai 474,340 Pound Sterling pada 2016, 481,358 Pound Sterling pada 2017 dan kemudian 282,915 Pound Sterling pada 2018.
Pejabat pendakwa mendakwa bahawa semua bayaran tersebut dibuat oleh Barcelona kepada DASNIL 95, berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Agensi Cukai Sepanyol.
Agensi itu sedang menyiasat syarikat Negreira sambil diawasi oleh Diario AS. Mereka mendakwa bahawa Barcelona mahu memastikan tiada keputusan pengadil yang dibuat menentang kehendak mereka. Malah segala keputusan perlu dibuat neutral.
Setelah memberi keterangan, Negreira dan anaknya Javier Enriques Romero dilaporkan menafikan bahawa Barcelona pernah menerima layanan istimewa daripada pengadil.
Dalam keterangannya, menurut Cadena SER, Negreira mendakwa kononnya perjanjian dengan Barcelona adalah untuk melihat dan mengesyorkan bagaimana pemain harus berkelakuan dalam perlawanan dengan adil.
Didakwa bahawa dia cuba memberi nasihat bergantung kepada pengadil yang ditugaskan untuk perlawanan akan datang.
Seperti apa yang boleh dan tidak patut mereka lakukan bergantung kepada pengadil yang ditetapkan untuk perlawanan.
Satu isu yang timbul ialah Agensi Cukai telah mengesahkan bahawa tidak ada dokumentasi pada masa ini dalam milikan mereka.
Tiada dokumentasi yang memperincikan sebarang hubungan perundingan sedemikian antara Negreira dan Barcelona.
Kini Barcelona sedang menghadapi masa yang getir sejak beberapa tahun kebelakangan setelah terlibat dalam kontroversi.
Tetapi pada hari Rabu, Barcelona dalam satu kenyataan telah menepis segala dakwaan itu.
“Berkaitan dengan maklumat yang disiarkan hari ini di program Que t’hi jugues de Ser Catalunya. Barcelona FC sedar akan fakta bahawa kami sedang disiasat oleh Pejabat Pendakwa berhubung pembayaran yang dibuat kepada syarikat luar,” tulis kenyataan itu.
Selain itu, kenyataan itu menjelaskan bahawa Barcelona pernah mengupah khidmat perunding teknikal luar. Mereka telah membekalkan format video, laporan teknikal yang merujuk kepada pemain dalam kategori rendah untuk sekretariat teknikal kelab.
Mereka juga ada berhubung dengan pembekal luar yang sama bagi mendapatkan laporan teknikal dengan pengadilan profesional untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan. Perkara itu menurutnya merupakan amalan biasa bagi kelab bola sepak profesional.
Barcelona turut menyatakan perasaan kesal mereka kerana maklumat tersebut muncul tepat pada masa prestasi terbaik mereka pada musim ini.
Barcelona juga menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang merosakkan imej kelab itu. Termasuk sebarang sindiran yang bertentangan dengan reputasi yang mungkin timbul akibat daripada maklumat tersebut.
Tambahan pula, presiden semasa Joan Laporta telah berikrar untuk ‘mempertahankan’ nama kelab itu sementara terlibat dalam proses siasatan yang sedang dijalankan.

“Laporan baru-baru ini bahawa Barca membayar pengadil untuk siasatan? Bukan satu kebetulan maklumat ini tersebar sekarang, kerana Barca sedang menunjukkan prestasi yang baik.
“Kami akan mengambil tindakan yang perlu bagi mempertahankan kelab kami,” katanya.
Jika didapati bersalah, Barcelona yang kini bertelagah dengan presiden LaLiga, Javier Tebas berhubung sokongan mereka untuk Liga Super Eropah boleh berdepan dengan hukuman berat.
Kedua-dua Barcelona dan Negreira menafikan salah laku itu, Siasatan lanjut masih diteruskan.
Sumber: Daily Mail