Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Baru 2 Minggu Bergelar Suami, Diogo Jota Pergi Tinggalkan Isteri & Anak

Hannah
diogo jota
Gambar: Diogo Jota/X

Baru 2 Minggu Bergelar Suami, Diogo Jota Pergi Tinggalkan Isteri & Anak

Diogo Jota, 28, baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Rute Cardoso, pada 22 Jun lalu. Mereka dikurniakan tiga orang anak, termasuk anak bongsu yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.

Dalam satu hantaran di media sosialnya selepas majlis perkahwinannya, Jota sempat berkongsi foto indah hari bahagianya dengan kapsyen ringkas yang menyentuh hati, “Yes to forever”.

Hantaran terakhirnya adalah suntingan video sepanjang hari berbahagianya itu, dengan kapsyen “A day we will never forget”.

Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita pemergian penyerang Liverpool, Jota, yang disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya tragik hari ini.

Sepanjang lima tahun bersama The Reds, Jota mencatat 123 penampilan dan menjaringkan 47 gol, menjadikan beliau antara penyerang yang menyerlah dalam skuad kendalian Jurgen Klopp ketika itu.

BACA: Bintang Liverpool, Diogo Jota Maut Kemalangan

Sumber: Diogo Jota