Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Baru Raptai, Orang Ramai Penuhi Putrajaya Seawal 6 Pagi

Sofea
baru raptai
Kredit: RTM

Baru Raptai, Orang Ramai Penuhi Putrajaya Seawal 6 Pagi

Tinggal dua hari lagi untuk kita menyambut Hari Kebangsaan, pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan pelbagai persembahan dan perarakan yang diadakan di setiap negeri.

Bagaimanapun, sambutan utama di Putrajaya akan dinanti-nantikan oleh semua orang kerana mempunyai pelbagai tarikan.

Ketika ini, raptai untuk Hari Kebangsaan sedang berlangsung dan dapat dilihat pelbagai perkara menarik yang berlaku.

Lebih menarik apabila raptai itu juga dihadiri oleh orang ramai seawal jam 6 pagi lagi.

Ia dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan oleh RTM di TikTok, orang ramai dilihat memenuhi tempat duduk untuk menyaksikan rapti terbabit.

Baru raptai, dah penuh macam ni, kalau 31 Ogos macam mana pulak,” kata RTM.

Warganet yang melihat situasi itu juga turut tidak sabar untuk hadir ketika hari sambutan.

“Kalau duduk sini sampai 31 Ogos boleh ke”

“Yang pergi raptai ni kan korang mintak cuti macam mana dengan bos korang. Pagi tadi tengok status kawan-kawan dengan anaknya sekali tak pergi sekolah sebab pergi tengok raptai merdeka kat Putrajaya”

“Dari Terenggu nak hadir sana, malam boleh ke stay situ terus sampai pagi 31 Ogos”

Sumber: RTM