Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tunjuk Kasut Baru
Kredit:
Tiada Kategori

“Baru Semangat Nak Hiking,” Gaya Abang Ni Tunjuk Kasut Baru Buat Ramai Ketawa

Athirah

“Baru Semangat Nak Hiking,” Gaya Abang Ni Tunjuk Kasut Baru Buat Ramai Ketawa

Aktiviti mendaki (hiking) menjadi antara aktiviti riadah kegilaan ramai sejak dahulu lagi.

Bermula sekadar hobi, aktviti ini terus berkembang sehingga tertubuhnya pelbagai komuniti pendaki di serata tanah air.

Selain untuk beriadah dan mengisi masa lapang, mendaki juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan seseorang.

Apabila hendak memulakan aktiviti pendakian atau hiking, sudah pasti setiap pendaki ingin memastikan segala kelengkapan yang dibawa berada dalam keadaan terbaik dan berkualiti.

Daripada kasut mendaki, beg galas, pakaian, sehinggalah kepada peralatan keselamatan dan makanan ringan, setiap barang memainkan peranan penting dalam menentukan pengalaman mendaki yang menyeronokkan dan selamat.

“Riak yang tak dapat ditandingi”

Baru-baru ini, sebuah video telah mencuri perhatian ramai apabila memaparkan seorang lelaki berkongsi momen lucunya semasa mendaki di Air Terjun Batu Bertenggek.

Aksi bersahaja lelaki tersebut mengundang tawa ramai apabila dia dilihat begitu teruja menunjukkan kasut barunya sepanjang laluan mendaki.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @baragasescapade di TikTok, lelaki itu kelihatan begitu bersemangat menjejak laluan tanah merah sambil mengenakan kasut hitam berjalur hijau.

Apa yang lebih menghiburkan adalah gaya jalannya yang dibuat semata-mata untuk menunjukkan kasut yang sedang dipakai, siap dengan tag yang masih belum ditanggalkan.

Menambahkan lagi keunikan momen itu, video berdurasi 18 saat tersebut turut memaparkan sekumpulan rama-rama yang kebetulan memiliki warna yang sama dengan kasut lelaki berkenaan sedang berterbangan di atas tanah.

Dalam masa sama, perakam video sempat merekodkan lelaki tersebut sambil menggoyangkan kasutnya ke arah kamera.

“Salah.. patut ikat kotak kasut kat kaki”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan gelagat spontan lelaki itu.

Ramai yang mengakui turut faham perasaan teruja bila memakai kasut baru, apatah lagi ketika aktiviti mendaki. Dalam masa sama, ada yang sempat bergurau kenapa tidak membawa sekali kotak kasut ke atas bukit.

“Kenapa tak bawa cashier. Biar dia je explain,” gurau seorang wargamaya.

“Nasib baik tak bawa paperbag kasut atau box ke naik sekali. Jangankan rama-rama, haiwan lain pun kagum sambut,” gurau lagi seorang wargamaya.

BACA: Pelajar Menang Tuntutan Mahkamah Selepas Alami Gangguan Mental Tonton Filem Seram Di Sekolah

Sumber: @baragasescapade via TikTok