Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tak ramai dalam dunia ni yang mampu untuk menyelesaikan kiub rubik mengikut warnanya masing-masing. Baru je dua, tiga kali pusing ada yang dah bosan kerana gagal menyamakan walaupun satu warna.
Seorang pengguna aplikasi TikTok memuatnaik sebuah video, menunjukkan satu aplikasi yang boleh membantu kita menyelesaikan kiub rubik tersebut. Hanya perlu imbas setiap belah kiub tersebut dan aplikasi ini akan mengarahkan kita menggerakkan kiub rubik sehingga semua warna dapat disamakan.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun ke telefon pintar anda melalui Google Play Store dan Apple App Store. Anda boleh memilih jenis kiub rubik dari 3×3 sehinggalah ke saiz yang maksimum.
Boleh rujuk video yang dilampirkan di bawah untuk lebih jelas:
Sumber: Mr. Rubiks