Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
bas kena sita
Kredit: SCMP

Bas Pasukan Kena Sita, Pemain Bola Balik Latihan Naik Basikal

Azizah Najib

Bas Pasukan Kena Sita, Pemain Bola Balik Latihan Naik Basikal

Pasukan pendahulu Liga Super China (CSL), Beijing Guoan, berdepan situasi memalukan apabila bas rasmi pasukan disita berikutan isu hutang syarikat induk mereka, Sinobo Group, lapor South China Morning Post (SCMP).

Beberapa keping gambar tular di media sosial pada Jumaat lalu menunjukkan bas pasukan berkenaan ditunda dengan pintu bas dilekatkan mohor Mahkamah Rakyat Pertengahan Beijing.

Kejadian berkenaan didakwa berlaku ketika syarikat hartanah Sinobo Group dilapor menanggung hutang melebihi 3.68 bilion Yuan (RM2.17 bilion).

Tindakan penyitaan bas berkenaan menyebabkan pemain terpaksa mencari alternatif lain untuk pulang ke kediaman masing-masing selepas menjalani latihan.

Tular di media sosial apabila tiga pemain import Beijing Guoan dilihat menunggang basikal sewa sambil memakai kit latihan.

Untuk pengetahuan, Sinobo Group kini memiliki 64 peratus saham dalam Beijing Guoan. Biarpun berdepan beban hutang besar, pasukan berkenaan tetap membuat pelaburan besar menjelang musim 2025.

Antara pelaburan yang dilaksanakan termasuk membawa masuk bekas pengurus Barcelona, Quique Setien sebagai ketua jurulatih pasukan.

Selain itu, pasukan tersebut turut mendapatkan tujuh pemain utama baharu bagi memperkukuh skuad menghadapi saingan liga.

Setakat ini, Beijing Guoan mencatatkan 10 kemenangan dan lima seri dalam separuh musim CSL. Ini sekaligus mencatatkan kemampuan pasukan berkenaan mendahului carta liga berdasarkan perbezaan jaringan.

Shanghai Shenhua kini berada di tangga kedua di belakang Beijing Guoan.

Sumber: South China Morning Post (SCMP)

BACA: Anggota JPJ Menyamar Penumpang Pantau Pemakaian Tali Pinggang Keledar Dalam Bas

BACA: Elak Duit Melayang, Peka Tentang Jangka Hayat Alat Ganti Kereta