Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai Dibunuh, Mayat Wanita Ditemukan Terkurung Dalam Bilik

Iqbal Yasir
mayat wanita dibunuh bilik
Gambar: Polis Daerah Ipoh

Dipercayai Dibunuh, Mayat Wanita Ditemukan Terkurung Dalam Bilik

IPOH — Mayat seorang wanita dipercayai dibunuh ditemukan di dalam sebuah bilik di Taman Puteri Lindungan Bintang, Pasir Puteh, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penemuan mayat wanita itu disedari oleh orang awam selepas curiga dengan bau busuk yang datang dari sebuah rumah di lokasi kejadian.

Misteri bau busuk itu terbongkar apabila mangsa ditemukan dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri dan terkurung di bilik di rumah itu, sebelum orang awam menghubungi pihak berkuasa.

Abang Zainal berkata, polis mengesahkan mayat berusia 54 tahun terbabit merupakan warga tempatan.

Anak saudara ditahan bantu siasatan

“Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mayat mangsa dalam keadaan membusuk dan dihantar terus ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

“Berdasarkan siasatan pantas pihak boleh membawa kepada penangkapan seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan anak saudara mangsa bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, hasil saringan air kencing mendapati suspek didapati bebas dadah dan tiada sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes terbabit tampil memberi keterangan.

“Orang ramai boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintenden S Dasarathan di talian 012-5644484 atau ke balai polis berhampiran bagi siasatan lanjut.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai supaya bersabar dalam apa jua keadaan dan tidak melakukan apa-apa perbuatan yang salah di sisi undang-undang,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Wanita Kongsi Rahsia Periuk 22 Tahun Masih Berkilat Macam Baharu

BACA: FIFA Keluarkan 4 ‘Penalti’ Termasuk Denda Terhadap Pasukan Indonesia

BACA: “Pemain kembali, kami akan kembali..” – Pep