Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayar RM28 Je Setahun, Ini Cara Mohon Khairat Tabung Haji

Aina Munirah
cara mohon khairat tabung haji
Kredit: Bernama

Bayar RM28 Je Setahun, Ini Cara Mohon Khairat Tabung Haji

Dalam kehidupan seharian, kemalangan atau kematian boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga, sekali gus memberi kesan yang mendalam termasuk dari segi beban kewangan kepada keluarga dan waris.

Justeru, persediaan mesti dilakukan untuk mengelakkan beban kewangan yang berat terutamanya kepada waris yang ditinggalkan.

Antara salah satu cara untuk mengurangkan beban kewangan adalah melalui khairat. Namun, mungkin ramai yang belum tahu atau tidak begitu mahir mengenai khairat ini.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, wang khairat kematian atau sumbangan kematian adalah untuk urusan kematian dan bertujuan untuk meringankan beban ahli keluarga si mati.

Bagi mereka yang belum tahu, Tabung Haji ada menawarkan perkhidmatan khairat yang boleh dimohon menerusi aplikasi atau laman web THiJARI.

TH Khairat Serendah RM28 setahun

Menurut perkongsian dari Tabung Haji di laman web mereka, TH Khairat merupakan satu pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan langganan tahunan serendah RM28.

Perlindungan ini akan memberi manfaat bantuan kewangan kepada penerima sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit.

"Sebahagian darinya iaitu RM 2,000 boleh dijadikan sumbangan (Infaq) bagi pihak si mati kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh Pengendali Takaful," tulis Tabung Haji lagi.

Bukan itu sahaja, pendeposit boleh memilih untuk sebahagian darinya iaitu RM 2,000 dijadikan Infaq kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pengendali Takaful.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui web/aplikasi THiJARI sahaja.

Cara daftar TH Khairat

TH Khairat terbuka kepada semua pendeposit TH sahaja yang berumur 30 hari sehingga 65 tahun (ulang tahun kelahiran seterusnya).

  • 18 tahun dan ke atas

Pendeposit boleh mendaftarkan untuk diri sendiri melalui web/aplikasi THiJARI.

  1. Log masuk ke aplikasi atau laman web THiJARI

  2. Pilih menu TH Khairat.

  3. Pilih Pendaftaran.

  4. Isi maklumat yang diperlukan dan buat bayaran.

  • Bawah 18 tahun

Pendeposit bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan melalui web/aplikasi THiJARI ibu/bapa/penjaga yang menguruskan Akaun Jagaan tersebut.

  1. Log masuk ke THiJARI ibu/bapa/penjaga.

  2. Pilih akaun anak/jagaan.

  3. Pilih menu TH Khairat dan teruskan pendaftaran.

Pengendali TH Khairat

  1. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad

  2. Hong Leong MSIG Takaful Berhad

Kredit: Tabung Haji

Selain itu, manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.pidm.gov.my

Terma dan syarat pendaftaran

  • Terbuka kepada pendeposit TH berumur 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya)

  • Pendaftaran bagi pendeposit berumur bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan oleh penjaga yang mentadbir akaun tersebut

  • Pastikan baki akaun TH yang boleh digunakan berjumlah sekurang-kurangnya RM100 untuk pendaftaran dan setiap kali pembaharuan

  • Bayaran langganan akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH secara tahunan selagi mana tiada permohonan penamatan daripada pendeposit

  • Sijil Takaful tidak akan diperbaharui sekiranya pendeposit melebihi had umur 65 tahun (hari lahir berikutnya) atau baki akaun kurang daripada RM100

  • Pendeposit boleh menamatkan sijil Takaful pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada pengendali Takaful yang dilantik

  • Bayaran langganan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya langganan ditamatkan atas apa jua sebab sekalipun

  • Penerima manfaat yang dinamakan mestilah:

  1. Mempunyai akaun TH

  2. Berumur 18 tahun dan ke atas

  • Pendeposit tertakluk kepada 3 bulan tempoh menunggu (waiting period) bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh semula jadi (natural death/TPD) dan tiada tempoh menunggu bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan kemalangan

  • Tuntutan boleh dibuat dengan muat turun borang tuntutan di pautan yang disediakan di laman utama THiJARI dan dihantar terus kepada pengendali Takaful

  • Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat dan tidak boleh dipindah milik

  • Urusan Infaq daripada jumlah perlindungan diuruskan sepenuhnya oleh pengendali Takaful

  • Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk Helaian Keterangan Produk (Product Disclosure Sheet) pengendali Takaful yang dilantik

Gandakan Manfaat Perlindungan

Pendeposit layak untuk memiliki sehingga 4 sijil dan akan menerima manfaat perlindungan berjumlah RM48,000

Kredit: Tabung Haji

Sekiranya pendeposit meninggal dunia di Tanah Suci semasa menunaikan ibadat haji, manfaat akan dibayar dua kali ganda kepada penerima manfaat

1 Sijil RM 12,000 kepada RM 24,000

2 Sijil RM 24,000 kepada RM 48,000

3 Sijil RM 36,000 kepada RM 72,000

4 Sijil RM 48,000 kepada RM 96,000