Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah rumah di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata bayi itu dibawa ke hospital oleh ibu dan pengasuhnya dalam keadaan tidak bernyawa sebelum laporan diterima berhubung kejadian itu pada 8.08 malam.
"Siasatan awal mendapati ibu mangsa dimaklumkan oleh pengasuh pada 5.04 petang bahawa bayi berkenaan tidak sedarkan diri selama kira-kira 30 minit ketika berada di rumah pengasuh.
"Punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan analisis makmal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.