Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang lelaki berusia 47 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu di Kilometer 5.1 Jalan Kota Tinggi–Kluang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian itu menyebabkan kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di tepi jalan.
Menurut beliau, pihak polis menerima panggilan berhubung kemalangan tersebut kira-kira jam 2.45 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki tempatan bersama isterinya yang berusia 46 tahun.
“Pemandu dipercayai mengalami serangan jantung secara tiba-tiba ketika memandu sebelum kenderaan hilang kawalan dan terbabas.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, isteri mangsa yang turut berada dalam kenderaan berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Tambahnya, kes kini masih dalam siasatan dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.