Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Beberapa Hari Tahan Lapar, Mangsa Banjir Aceh Mohon Bantuan PM Anwar
Satu hantaran menjadi tular di media sosial Indonesia memaparkan penduduk Gayo, Aceh memohon bantuan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Harian Disway melaporkan mereka tidak menerima sebarang bantuan daripada pemerintah selepas banjir besar melanda wilayah itu.
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada 29 November lalu, pengumuman dibuat atas nama Relawan Pemuda Gayo itu memberitahu bahawa mereka tidak menerima bantuan selama lima hari.
“Kami, penduduk Gayo memohon bantuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penduduk kelaparan, sudah lima hari tidak ada bantuan,” kata hantaran tersebut.
Dalam pada itu, penduduk tempatan menyatakan sedang menghadapi kelaparan dan memerlukan bantuan penghantaran helikopter bagi tujuan pemindahan kecemasan.
“@anwaribrahim_my Tolong kami warga Aceh Tengah, Bener Meriah, Gayo Lues. Kami terputus hubungan, belum ada bantuan di kampung-kampung terpencil,” tambah hantaran tersebut.
Sehari selepas hantaran itu dikongsikan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) dilaporkan berusaha untuk sampai ke lokasi yang terjejas akibat banjir di Aceh melalui jalan laut bagi menghantar bantuan logistik dan peralatan kepada penduduk.
Sumber: Harian Disway