Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penduduk Kongsi Keadaan Terkini Banjir Kilat Di Shah Alam

Azizah Najib
Banjir kilat shah alam
Kredit: Siaran langsung orang awam/Media Selangor

Hujan lebat berterusan sejak petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas termasuk di sekitar i-City Shah Alam, Seksyen 7, Kampung Melayu Subang dan Seksyen 26.

Difahamkan, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan.

Keadaan semasa banjir turut dikongsi penduduk di sekitar menerusi media sosial.

Beberapa rakaman dan gambar menunjukkan air melimpah ke beberapa laluan sehingga menjejaskan pergerakan penduduk.

Malah, ada juga penduduk yang sempat membuat siaran langsung keadaan di sana.